in

“Cikgu, jom lah buat…” – Guru Praktikal Dedah Kisah Pelajar Memujuknya Melakukan Seks

Page 1

Seorang murid haruslah menghormati guru dan para pendidik meskipun usia mereka tidak jauh bezanya. Sebagai contoh, guru praktikal yang umur mereka masih dalam lingkungan 20an. Namun, satu perkongsian di Facebook yang dimuat naik oleh seorang lelaki baru-baru ini tular selepas dia mendedahkan kisah di mana seorang pelajar telah mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk.

Menurut Muhamad Hafidzol yang juga seorang guru praktikal, perbualannya bersama seorang pelajar melalui aplikasi Whatsapp itu dimuat naik untuk menunjukkan perbezaan sikap pelajar sekolah dahulu dan sekarang.

Cikgu1
sumber: facebook

Muhamad menulis,

“Kalau kamu taknak hormat saya pun tidak apa tetapi tolong hormat saya yang lebih tua dari kamu. Budak-budak sekolah sekarang sudah tiada adab!”

Melalui perbualan itu, pelajar tersebut boleh dilihat memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ dan membahasakan dirinya sebagai ‘adik’. Dia kemudian terus memberitahu keinginannya untuk melakukan hubungan seks bersama Muhamad tanpa rasa malu.

Student Gatal1
sumber: facebook
Student Gatal2
sumber: facebook

Muhamad pada mulanya dilihat hanya membalas sepatah demi sepatah menunjukkan tanda tidak berminat untuk berbual dengannya. Namun selepas beberapa mesej dihantar, dia terus mendiamkan diri tanpa membalas mesej tersebut.

Pelajar itu kemudian terus memujuknya untuk bersetuju melakukan seks dengannya.

Cikgu, jom lah buat (seks).”

Bukan itu sahaja, pelajar tersebut malah turut berani meminta gambar body guru praktikalnya itu dan mengajak Muhamad berbual melalui video call.

Cikgu, jom video call? Hehehehe.”

Student Gatal3
sumber: facebook
Student Gatal4
sumber: facebook

Selepas mesejnya tidak dibalas, pelajar tersebut memohon maaf di atas perbuatannya itu dan Muhamad mengakhiri perbualan mereka dengan meminta pelajar berkenaan menghormatinya sebagai seorang guru. Muhamad yang berang dengan sikap pelajar itu kemudian membuat keputusan untuk memuat naik perbualan mereka di Facebook dan berkata,

“Bukan nak aibkan tetapi nak tunjuk perbezaan pelajar sekolah dahulu dan sekarang. Dahulu, (pelajar) nak jalan depan guru pun tunduk, (pelajar) sekarang, Allah je tahu.”

Status itu sehingga kini telah mendapat lebih 2,500 likes dan 2,100 perkongsian. Netizen rata-rata menyatakan rasa kecewa mereka dengan sikap pelajar masa kini yang semakin berani dan tidak bermoral.

“Rosak anak-anak zaman sekarang. Mungkin kurang pemantauan dari ibu bapa? Makin maju teknologi makin rosak pulak manusia…”

“Teruk betul budak-budak sekolah sekarang eh. Takde rasa malu ke apa. Cikgu patut tegas dan lapor pada ibu bapa pelajar tu.”

Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dilihat seperti melayan mesej pelajar itu tanpa terus menghiraukannya dari awal.

“Sepatutnya sebagai guru, awal-awal lagi awak tegur, bukannya tanya ‘watpe’ berkali-kali. Dia panggil awak ‘abang’ pun sepatutnya awak dah tegur.”

“Cikgu sendiri beri respon macam ‘malu tapi mahu’. Dari awal perbualan dah boleh detect budak tu nak bukan bukan, dah boleh marah dan tegah dia. Tapi awak biarkan meleret leret.”

Makin lama makin tidak bermoral pelajar zaman sekarang. Di manakah kesilapan dalam mendidik mereka? Kurang didikan agama? Kurang perhatian dan kasih sayang?

Baca: “Mesti k**** doktor tegang tengok gambar Ain…” – Doktor Diganggu Mesej Lucah Dari Remaja 14 Tahun

Ain Gatal