in

“Cerita kanak-kanak” – Badang Dilabel Filem Gagal Kerana Aliff Syukri Tiada Bakat Berlakon?

Adiwira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Cerita kanak-kanak" - Badang Dilabel Filem Gagal Kerana Aliff Syukri Tiada Bakat Berlakon?
Loading
/

Ramai yang sudah tahu bahawa filem Badang: Adiwira Sepanjang Zaman telah pun ditayangkan pada 15 Februari 2018 yang lalu. Filem terbaru arahan Dato’ Dr. A. Razak Mohaideen ini telah mengetengahkan jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri sebagai teraju utama yang memegang watak superhero Badang.


Melakar sejarah apabila menjadi usahawan pertama beraksi dalam filem, lakonan pertama Aliff Syukri ini dikecam hebat sejak keluarnya poster Badang. Mengisahkan tentang seorang superhero berkostum hijau, filem tersebut menjanjikan aksi dan kesan khas terbaik. Namun, sejak ditayangkan beberapa hari yang lalu, filem ini tidak putus-putus dikritik oleh orang ramai.

Bad1
sumber: instagram

Kecewa apabila filem lakonannya dikritik, Aliff memuat naik gambar di laman Instagram menyatakan rasa berang terhadap individu-individu yang menghinanya secara melampau. Dia juga meminta orang ramai untuk menghargai bakat yang ditunjukkan dan memuat naik video bertanyakan dimanakah silapnya sehingga filem Badang dikritik dengan teruk.

Berikutan hal itu, seorang individu tampil memberikan penjelasan di laman Facebook miliknya dan memaklumkan bahawa orang ramai bukan tidak sukakan filem Badang, namun mereka sebenarnya tidak sukakan Aliff Syukri. Bakat lakonan Aliff dikatakan langsung tiada ciri-ciri superhero sehingga membuatkan penonton sakit hati apabila menonton filem tersebut.

Bad3
sumber: youtube

Melalui entri tersebut, Mufarwa Farid menyatakan bahawa filem hebat Hollywood seperti Batman Vs Superman pernah mendapatkan kutipan tiket paling teruk suatu ketika dulu kerana orang ramai tidak menggemari pengarah filem tersebut.

“Orang bukan tak suka cerita Badang, tapi orang tak suka Aliff Syukri. Bukan setakat tidak ada ciri-ciri superhero, malah bakat lakonan dia sahaja buat kita rasa sakit hati nak tengok filem tu.” 

Bad2
sumber: youtube

Bukan itu sahaja, filem Badang juga dilabel sebagai filem yang gagal kerana pemilihan hero yang tidak bersesuaian, tema filem yang tidak kena, dan marketing yang tidak seberapa. Sepanjang dikeluarkan buat tontonan umum, ramai yang mentertawa dan memberikan pelbagai komen terhadap filem tersebut.

“Cerita kanak-kanak.”

Free pun haram bagiku tengok cerita ni.”

“Kalau Badang sebenar hidup, mesti dia sedih.”

Bad5
sumber: youtube

Menurut Mufarwa, ramai lagi pelakon lelaki yang layak memegang watak Badang dalam filem ini. Contoh-contoh pelakon yang dirasakan sesuai menggantikan Aliff ialah seperti Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Zul Ariffin ataupun Fattah Amin. Menurutnya, jika Aliff benar-benar mahu berlakon, watak penjahat adalah yang paling sesuai dengan dirinya. Opss!

“Filem Badang ni gagal. Pemilihan hero lah yang paling buatkan filem ni gagal.”

Bad4
sumber: youtube

Mufarwa juga membuat kesimpulan bahawa Aliff dan produser filem tersebut terlalu mengejar populariti sehingga sanggup memperjudikan masa depan filem negara. Jika dahulu kita boleh berbangga dengan Cicakman, namun sekarang tiada apa yang dibanggakan dengan filem seperti Badang.

Korang dah tonton ke filem ni? Apa pendapat korang?

Tonton trailer filem Badang di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: “Takkan kena bagi RM20,000 pula” – Pemberi Maklumat Tuduh Aliff Syukri Tak Beri Ganjaran

Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.