in

Cas Handphone Semasa Tidur, Remaja 14 Tahun Mati Terkena Renjatan Elektrik

Tr4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sering didedahkan dengan bahayanya menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas. Tetapi, pernahkah kita terfikir untuk memeriksa terlebih dahulu kabel telefon bimbit kita sebelum digunakan?


Terbaru, remaja berusia 14 tahun mati kerana mengecas telefon bimbitnya di atas katil menggunakan kabel yang koyak, lapor WORLD OF BUZZ.

Tr1
sumber: wob

Le Thi Xoan, remaja perempuan dari Hoan Kiem, Vietnam, mati kerana terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit jenama Apple, iPhone 6 miliknya di atas katil.

Seperti kebiasaan, Le akan mengecas telefon bimbit pada setiap malam sebelum tidur dan meletakkannya di atas katil. Namun begitu, Le tidak menyedari bahawa kabel pengecas telefon bimbitnya telah koyak dan wayar di dalamnya sudah terjuntai keluar.

Aliran elektrik kemudian mengalir melalui wayar itu  terus ke katilnya. Hal ini menyebabkan Le terkena renjatan elektrik sebaik sahaja dia baring di atas katilnya. Kesiannyaaa!

Tr2
sumber: wob

Le dibawa ke hospital sejurus selepas keluarga menjumpainya. Malangnya, dia tidak dapat diselamatkan. Pihak polis yang menyiasat kes ini dapat mengesahkan sebab kematian melalui kesan terbakar yang dijumpai pada kabel telefon bimbitnya di atas katil.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih tidak dapat mengenal pasti kabel iPhone yang digunakan Le adalah original dari Apple ataupun kabel tiruan. Dikatakan pihak polis masih menyiasat kes ini.

Hati-hati semua! Jangan sesekali ambil ringan benda macam ni. Bahaya tau!

Baca: Wanita Thai Mati Akibat Renjatan Elektrik Di Pesta Songkran, Keluarga Hanya Terima Pampasan RM2k

Tr3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.