“Cara berdakwah tak kena” – Netizen Tempelak ‘Ustaz’ Tegur dan Pukul Wanita Tak Pakai Tudung

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Menegur kesilapan orang lain adalah perkara yang baik, namun, perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah tanpa memalukan orang yang hendak ditegur di khalayak ramai.

Baru-baru ini, tersebar rakaman video di Facebook, di mana seorang lelaki telah menegur wanita di perhentian bas, Bukit Jambul, Pulau Pinang kerana tidak memakai tudung.

Lelaki di dalam video tersebut kelihatan sangat tegas dan meninggikan suara ketika menegur wanita warga Indonesia yang sedang menunggu bas di perhentian itu. Wanita berkenaan tidak bertudung, rambut diwarnakan dan mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat.



Sumber: Facebook

Wanita-wanita yang berada di situ dipercayai merupakan warga Indonesia yang bekerja di kilang berdekatan, manakala lelaki tersebut mendakwa dirinya sebagai pengawal keselamatan.

Pada awalnya wanita tersebut tidak menghiraukan tindakan lelaki itu. Namun, lelaki itu bertindak berani dengan mengangkat tangannya seumpama ingin menampar mangsa yang menurutnya biadab. Takutnya!

Sumber: Facebook

Kemudian, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memukul bahagian kepala mangsa menyebabkan rakan-rakannya bangun dan cuba menghalang perkara lebih buruk daripada berlaku, sementara mangsa dan rakan lain menelefon polis meminta bantuan. Suka-suka je pukul orang!

Sumber: Facebook

Video tersebut yang kini tular telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata berang dengan lelaki itu. Walaupun, apa yang dilakukan wanita itu salah, namun tidak bermakna dia boleh berkelakuan begitu.

Sumber: Facebook

Niat lelaki tersebut nak menegur memang baik, tetapi cara yang digunakan adalah salah sama sekali. Jika hendak menegur, janganlah sehingga memukul orang yang hendak ditegur itu.



Niat tidak menghalalkan cara.

Baca: Pelajar Tingkatan 4 di Melaka Mati Dipukul Dengan Getah Paip Untuk Beri Pengajaran

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.