in

“Cantiknya, macam anak patung…” – Solekan Pengantin Ala ‘Anime’ Jadi Kesukaan Ramai Netizen

Solek Anime

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dulu solekan korean doll menjadi kegilaan ramai netizen di Malaysia tetapi kini solekan berkonsep ‘anime’ pula semakin mendapat perhatian.


Korean
gambar hiasan

Jurusolek Rosmaniza Abd Kadir, 37, berkongsi solekan ala animasi Jepun itu di Facebook baru-baru ini dan mendapat pujian ramai meskipun ianya percubaan kali pertamanya.

Solekan itu dilakukan dengan bertemakan pengantin ‘anime’ menggunakan anaknya sebagai model dengan ‘menukarkannya’ menjadi ikon anime popular dari Jepun, Sailor Moon.

“Ramai rupanya yang minat untuk berwajah anime, bakal pengantin pun ramai minta, saya betul-betul tak sangka.”

Solek Anime1
sumber: facebook
Solek Anime3
sumber: facebook

Rosmaniza kemudian meminta anaknya, Nurliyana Darus, 17, menukar kepada pakaian pengantin dan mengambil beberapa gambar yang kemudian menjadi tular di media sosial.

Menurut pemilik Roza D’touch itu, dia menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapatkan make up look ala anime itu.

“Dari dulu lagi saya memang suka ‘test’ solek kawan-kawan dan ahli keluarga, anak lelaki saya pun selalu jadi bahan eksperimen.”

Solek Anime2
sumber: facebook

Bagi solekan anime itu dia perlu fokus di bahagian mata, kening dan hidung supaya nampak seperti patung hidup tetapi cabaran dan tahap kesukaran bergantung kepada wajah individu yang disolek.

“Paling penting solekan mesti licin, sekata dan sempurna.”

“Macam anak saya memang mata dia besar tapi tetap tak mudah sebab ia sedikit tertojol dan kelopaknya tak sama besar. Keningnya juga tebal dan berselerak, jadi satu cabaran untuk saya menampakkannya halus menggunakan teknik gam kening.”

Solek Anime6
sumber: facebook
Solek Anime5
sumber: facebook

Meskipun ramai yang menyukai solekan itu dan memberikan pujian terhadap kemahiran yang dimilikinya, Rosmaniza turut akui ada juga segelintir netizen yang mengkritik kerana menganggap solekan itu tidak ubah seperti hantu.

Lain dari yang lain, apa pendapat anda?

Baca: Lelaki Berhabis RM200,000 Demi Miliki Wajah Seperti Watak Animasi

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.