in

“Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci” – Iqram Dinzly Sedih Dituduh Makin Tidak Waras

Iqram Gilers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang boleh menerima perubahan yang berlaku ke atas diri kita. Tambahan pula jika perubahan tersebut sangat drastik dan kelihatan aneh daripada perkara biasa.


Itulah yang sedang dialami Iqram Dinzly semenjak fotonya bersama arwah bapa yang sedang sakit tenat tular di media sosial. Terdahulu, pelakon terkenal ini juga pernah dikecam netizen kerana dianggap tidak sopan selepas memuat naik ‘selfie’ di pusara bapanya, lapor mStar.

Lolipop
sumber: instagram
Iqram 1
sumber: beautifulnara

Kedua-dua topik ini telah menjadi perbualan hangat haters serta peminat Iqram sehingga ada yang telah melabelnya sebagai kurang waras atau dalam bahasa kasarnya gila. Eh senangnya korang menuduh!

Tidak cukup dengan itu, timbul juga spekulasi yang mengatakan Iqram kini sedang menuntut ilmu yang salah dan kelihatan agak menyeramkan dengan gaya pakaian yang agak ‘pelik’. Erkk!

Iq Iq
sumber: twitter

Ekoran daripada kecaman yang diterima, Iqram yang merasa sedih dan kecewa telah meluahkan perasaannya di Instagram baru-baru ini.

Menurutnya,

“Aku tahu aku manusia alpa. Aku manusia yang banyak dosa. Aku usaha untuk tidak menyusahkan sesiapa. Namun tetap juga manusia bersangka-sangka. 

“Salahkah aku berseni sendiri? Tanpa meminta simpati diri. Aku seolah-olah ingin meminta royalti terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap semua ini. Atau aku harus terdiam menyepi tanpa perlu mengerti situasi ini.” 

Pelik 1
sumber: instagram

Pun begitu, Iqram yang merasa pedih dengan kutukan yang diterimanya daripada netizen seakan-akan redha dan menerima apa yang ingin orang lain perkatakan terhadapnya.

“Terima kasih kerana mengambil berat diri aku yang dibenci ini. Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci. Aku hanya mampu berdoa dengan @bawaata.merebucks ini, akan aku usaha cuci, suci, murni dengan segala yang terjadi. 

“Itu antara aku dengan Illahi. Selamat mencaci bertubi-tubi. Aku rela tanpa rasa peduli di hati. Silalah wahai siapa yang sudi,” katanya lagi.

Iqram 1
sumber: instagram

Disebalik kritikan dan kutukan yang diterimanya, masih ada lagi netizen yang memberi sokongan moral buat Iqram supaya dia terus bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Iqram 4
sumber: instagram
Iqram 5
sumber: instagram

Walau apapun yang menimpa diri pelakon ini, sama-samalah doakan semoga dia kuat dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Lebih baik jikalau kita tidak menilai seseorang daripada luarannya. Stay positif Iqram! 

Baca: “Saya menaja berjuta-juta… suka-suka korang je kutuk saya kedekut” – Aliff Syukri

Otak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.