in

Buku Lali Kanak-Kanak Terkoyak Ketika Menggunakan Eskalator

Page 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar kanan adalah untuk tujuan ilustrasi


Kanak-kanak memang sentiasa perlu diawasi, tidak boleh terlepas pandang walau sedetik. Banyak perkara yang membahayakan anak kecil jika ibu bapa terleka.

Seorang pengguna Facebook bernama Yu Ling baru-baru ini berkongsi cerita anaknya mengalami kecederaan yang agak teruk ketika menggunakan eskalator.

Menurut Yu Ling, kejadian berlaku di Punggol Plaza, Singapura kelmarin kira-kira jam 8.30 malam.

Plaza
sumber: punggol. Com

Saya sedang memegang tangan anak saya sewaktu menuruni eskalator. Ketika hampir tiba di tingkat satu, buku lali anak saya tiba-tiba terkoyak.” kata Yu Ling.

Luka yang dialami anaknya itu dapat dilihat sangat dalam dan seolah-olah digunting atau dipotong menggunakan satu objek.

Nampak seperti ada yang benda yang terkena buku lalinya. Lantai penuh dengan titisan darah pada ketika itu,” katanya lagi.

Ankle1
sumber: stomp. Com. Sg

Tidak tahan dengan kesakitan, anaknya itu terus meraung dan orang yang lalu lalang berdekatan mereka terus menghampiri dan memberitahunya tentang klinik berdekatan. Kesiannya, budak kecil kan..

Namun, kedua-dua klinik tersebut telah tutup dan Yu Ling kemudian terus membawa anaknya ke Hospital Khoo Teck Puat di mana doktor memberi ubat tidur kepada anaknya sementara pemeriksaan dijalankan.

Ankle3
sumber: stomp. Com. Sg

“Doktor itu beritahu anak saya bernasib baik kerana luka itu tidak sampai ke uratnya,” beritahu Yu Ling.

Akibat kecederaan itu, anaknya menerima beberapa jahitan dan Yu Ling turut memberitahu rancangannya untuk meminta pihak pengurusan pusat membeli belah itu untuk menunjukkan rakaman CCTV kepadanya bagi mengenal pasti penyebab kecederaan tersebut.

Yu Ling turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan eskalator.

Kita sememangnya terdedah dengan pelbagai perkara bahaya setiap hari. Mungkin kita pandang remeh tentang hal sebegini, tapi pastikan setiap pergerakan anda selamat dan tidak mendatangkan bahaya atau mudarat pada diri sendiri.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.