in

“Bukan tak mampu, dia yang tak mahu” – Ibu Cerita Kisah Sebenar Murid Pakai Kasut Buruk Ke Sekolah

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ini amat mudah bagi setiap individu untuk memuat naik dan menyebarkan sesuatu. Tetapi, adakalanya walaupun sesuatu posting dinaikkan dengan niat yang baik, mungkin ia tidak mendapat persetujuan daripada sesetengah pihak.


Terbaru, telah tular di Twitter seorang gadis bernama Natasya yang memakai kasut sekolah lusuh pada hari pertama persekolahannya. Individu yang memuat naik kisah Natasha memberitahu sedikit sebanyak latar belakangnya yang datang daripada keluarga yang susah.

Captureblur
sumber: twitter

Ayahnya hanya mengambil upah menjaga ternakan orang dan ibunya pula seorang pemungut tiram. Namun akibat cuaca yang tidak menentu, ibunya keluar mencari daun nipah muda untuk dijadikan rokok daun dan dijual kepada peraih tempatan.

Bukan itu sahaja, dia juga merupakan anak keenam daripada lapan orang adik beradik serta hanya Natasya dan adiknya sahaja yang mampu disekolahkan oleh ibu bapanya. Selain itu, keluarganya juga perlu menampung kos perubatan adiknya yang menghidap penyakit asma.

Miskin4Blur
sumber: twitter

Walaupun ramai netizen yang tersentuh dan ingin menghulurkan bantuan kepada Natasya dan keluarganya, namun ibu Natasya dikatakan malu selepas kisah keluarganya tular, lapor Harian Metro.

Saya malu selepas kisah anak memakai kasut koyak tular kerana bukan tiada wang tetapi anak tidak mahu ke kedai untuk membeli keperluan itu.”

Ibunya, Mazawati Ismail, 42, menerangkan bahawa anaknya itu, Nadia Natasya Ibrahim, 12, mempunyai masalah pembelajaran dan merupakan seorang yang pemalu dan kini enggan ke sekolah serta malu untuk berdepan dengan masyarakat selepas gambarnya tular.

Miskin2Blur
sumber: harian metro

Terangnya lagi, persiapan persekolahan Natasya dan adiknya sudah siap kecuali kasut sekolah untuknya yang belum sempat dibeli ekoran sifat anaknya yang pemalu dan enggan ke kedai.

Mazawati yang hanya mengetahui mengenai kisah anaknya melalui guru anak itu pada petang semalam meminta supaya gambar tersebut untuk tidak terus disebar.

Miskin3Blur1
sumber: twitter

Jelas Mazawati ketika ditemui di Kampung Sador, Pantai Senok, Bachok, dia dan keluarga telah pun mendapat pelbagai bantuan termasuk daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan sejak tiga tahun lalu dan anaknya mendapat RM1,800 setahun.

Pemimpin setempat, JKM, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah telah tampil memberi sumbangan wang tunai serta barangan keperluan. Ujar Mazawati, walaupun hidup susah, dia tidak meminta bantuan kecuali jika diberi sumbangan.

Saya harap orang ramai tidak salah faham dengan gambar tular itu dan minta hentikan segera.”

Tak semua yang mahu kisah mereka ditularkan…

Baca: Wanita Dipuji Kerana Belikan Sepasang Kasut Buat lelaki Miskin Yang Hanya Miliki RM1.60

Miskin1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.