“Bukan macam Sajat, tak mengaku pondan!” – Netizen Lebih Suka Rizulala Dari Sajat Kerana Jujur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kalau dulu ramai netizen asyik memuji Sajat kerana mempunyai kejelitaan yang seakan-akan wanita sejati, kini netizen terpesona pula dengan kecantikan transgender bernama Rizulala.

Siapa Rizulala ni sebenarnya? 

Sumber: Instagram

Bagi yang masih belum mengetahui, beberapa hari lepas tersebarnya rakaman video Rizulala sedang menjamu selera di hadapan kamera sambil bersiaran live di Instagram.



Personaliti media sosial ini mula mendapat perhatian netizen apabila dia membuat pengakuan berani mati bahawa yang dia bukan wanita sejati. Fuh! Tak ada selindung-selindung. 

Ketika netizen menyoal sama ada dia mengambil jamu ataupun tidak, Rizulala dengan selamba menjawab,

Makan jamu apa? Saya bukan perempuan sis nak makan jamu. Kita operation sis.” 

Sumber: Instagram

Malah Rizulala yang berasal dari Sabah ini juga mengaku dia tidak mahu membuang halkumnya kerana ia adalah pemberian daripada Tuhan.

“Semua pemberian Tuhan sis, tak payah nak buang-buanglah.” 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Pengakuan dari Rizulala ini sekaligus mewujudkan debat di antara netizen yang membandingkannya dengan usahawan kosmetik terkenal, Sajat.



Mereka yang menyukai Rizulala menyifatkannya sebagai lebih lemah lembut dan cantik berbanding Sajat yang gemar melontarkan kata-kata kasar.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun, Rizulala di laman Faceboook peribadinya berkata, dia tidak suka dibandingkan dengan Sajat yang ternyata jauh lebih hebat darinya.

“Apalah korang ni bandingkan Lala dengan Sajat, korang gila ke apa? Dia tu dah macam-macam pencapaian ada, Lala ni ada apa?

“Sajat tu idol Lala dari zaman sekolah lagi.

“Kita sepatutnya respect each other. Bukan kecam-kecam sana sini. Lala tak sedap mata telinga tengok semua ni. Sajat is Sajat. Lala is Lala.”



Sumber: Facebook

Ada betul juga kata Rizulala tu. Tak elok banding membandingkan, kan? Kecik hati Sajat nanti. 

Apa-apapun lelaki kat luar sana janganlah mudah terpedaya dengan rupa indah seseorang ya. Mana tahu mereka macam Rizulala atau Sajat. Gigit jari nanti! 

Baca: “Apa yang tegak kat dalam tu?” – Netizen Ragu-ragu Lihat Ada ‘Benjolan’ Pada Seluar Sajat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!