in

Budak Lelaki Sanggup Sembunyi Bawah Bas Semata-mata Untuk Jumpa Ibu Bapa di Bandar

Lori2 Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak mana yang tak rindukan ibu bapa jika berjauhan. Tidak semua bernasib baik dapat tinggal sebumbung dengan ibu bapa dan itulah nasib yang menimpa dua kanak-kanak ini. Kerana kesempitan hidup, ibu bapa mereka yang tinggal di kawasan pedalaman China terpaksa meninggalkan mereka di kampung demi mencari rezeki di bandar.


Baru-baru ini, dua kanak-kanak lelaki telah dijumpai menyorok di bawah bas semata-mata untuk berjumpa dengan ibu bapa mereka di bandar, lapor The Star.

Lori2
sumber: the star

Dua orang kanak-kanak lelaki yang berusia lapan tahun itu telah ‘menumpang’ naik bas tersebut dari kampung halaman mereka di Nazuo, Wilayah Guangxi, China kerana ingin bertemu dengan ibu bapa yang bekerja jauh di bandar.

Difahamkan, mereka telah melarikan diri dari sekolah pada awal pagi dan menyorok di ruang bawah bas tersebut. Mereka dikatakan telah ditemui oleh seorang pekerja keselamatan ketika bas yang dinaiki berhenti di sebuah stesen di daerah Xilin.

Mereka sangat kurus sehingga mampu menyelit di bahagian bawah bas itu dan sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang perjalanan semata-mata rindu mahu menemui ibu bapa,” kata pekerja stesen bas.

Lori1
sumber: the star

Pekerja stesen bas juga memberitahu bahawa dua orang sahabat itu telah dijumpai dalam keadaan berlumpur. Kanak-kanak lelaki itu menjelaskan bahawa mereka ingin ke Baise iaitu tempat ibu bapa mereka bekerja.

Namun, menurutnya lagi, saudara mara memberitahu bahawa ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong.

Ibu bapa mereka sebenarnya bekerja lebih jauh iaitu di wilayah Guangdong, namun saudara-mara memberitahu bekerja di Baise sekadar untuk ‘menyedapkan hati’ mereka.”

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di China menyatakan kebimbangan kerana terdapat anggaran sekitar 23 juta kanak-kanak terpaksa ditinggalkan di kawasan pedalaman oleh ibu bapa supaya dapat mencari kerja di bandar bagi memperbaiki kehidupan mereka.

Alahai, kesiannya… Mereka sepatutnya dijaga oleh ibu bapa, tapi terpaksa kena tinggal pulak. Nasib baik jugaklah budak-budak tu tak cedera….

Baca: Kanak-kanak Derita Barah Hati Menangis Mahukan Ibunya Tanpa Ketahui Dia Telah Ditinggalkan

Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.