in

Budak Darjah 3 Beri Alasan Konon Hampir Diculik Van Putih Kerana Lewat ke Sekolah

Van Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak lama dulu kecoh apabila tular kisah kononnya sebuah van berwarna putih menculik mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak untuk dijadikan mangsa pemerdagangan manusia atau organ.


Ibu bapa mana yang tak berderau darah apabila anak mereka mengadu dikejar van putih tersebut. Namun tak sangka pula budak ini menggunakan kisah van putih sebagai helah menipu.

Seorang pelajar tahun tiga di sebuah sekolah dekat Kampung Jawa, Klang menipu kepada ibunya konon dia hampir diculik lelaki yang menaiki van putih, lapor Sinar Harian.

Menerusi kisah yang diceritakan semula oleh ibunya, pelajar tersebut mendakwa dia sedang dalam perjalanan ke sekolah agama dalam kira-kira jam 2 petang sebelum singgah ke kedai runcit untuk membeli makanan.

Bw6Pb Bccaah9K3
gambar hiasan

Sebuah van putih yang bernombor pendaftaran Thailand tiba-tiba muncul di tempat kejadian dan menghalangnya dari ke mana-mana sebelum seorang lelaki bertopeng keluar daripada van tersebut mengejarnya.

Penafian Van Culik Kanak Kanak
gambar hiasan

Mangsa seterusnya melarikan diri dengan menaiki basikal hingga sampai ke satu tempat berpalang yang menghalang laluan van tersebut dari mendekatinya. Sebaik sahaja van itu beredar, pelajar tersebut terus pulang ke rumah.

Fuh aksi tak nak kalah dengan filem Spiderman kat wayang tu, dik!

Mangsa seterusnya menceritakan hal tersebut kepada ibunya yang berusia 35 tahun sebaik sahaja wanita itu pulang ke rumah pada jam 6.30 petang.

Pada mulanya, ibu mangsa meragui kisah tersebut. Namun akibat bimbang akan keselamatan anaknya, dia membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan akan kejadian itu.

Pun begitu semuanya ternyata dongeng semata-mata selepas pihak polis membuat susulan siasatan ke kedai runcit yang didakwa mangsa.

Pemilik kedai runcit mengesahkan mangsa ada datang kedai tersebut, namun dia tidak pula melihat van berwarna putih di situ seperti yang dikatakan mangsa. Malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian juga hanya menampakkan pergerakan mangsa menaiki basikal dan tiada rakaman van putih yang dimaksudkan. Alamak kantoi! 

Kedai 1
gambar hiasan

Pelajar yang berumur 9 tahun itu akhirnya mengaku kejadian itu tidak berlaku dan dia telah menipu kerana takut lewat untuk masuk ke sekolah pada hari tersebut. Ceh, habis polis dengan mak dia kena tipu!

Susulan kejadian ini pihak polis meminta mana-mana individu untuk tidak membuat sebarang cerita rekaan kerana bimbang akan menakut-nakutkan orang ramai.

Adik ni mesti rajin tengok movie atau filem superhero, kan? Esok besar boleh tulis novel aksi ni. 😛 

Baca: Bapa Ditangkap Mencuri Kantoi Menipu, Guna Alasan Mahu Beli Barang Sekolah Anak 

Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.