in

Budak 9 Tahun Meninggal Dihukum Ibu 5 Jam Tanpa Henti Kerana Hilangkan Telefon Bimbit

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah menjadi perkara biasa sekiranya anak menghilangkan barang kerana tercicir atau lupa di mana letaknya barang tersebut. Jangan kata budak, orang dewasa pun kadang-kadang boleh lupa di mana mereka letakkan sesuatu benda dan pernah kehilangan barang kerana tercicir. Namun, seorang ibu di China tidak dapat menerima kenyataan apabila mendapat tahu si anak telah menghilangkan barang kepunyaannya.


Menurut Nextshark, seorang ibu telah menghukum anak lelakinya secara berterusan gara-gara kerana kanak-kanak berusia sembilan tahun tersebut menghilangkan telefon bimbitnya. Kanak-kanak dikenali sebagai Ming Ming berkenaan dilaporkan meninggal dunia kerana didakwa telah dipukul tanpa henti selama lima jam oleh ibunya.

K1 1
sumber: nextshark

Menerusi rakaman kamera litar tertutup yang didapati, Ming dilihat sedang memegang sebuah telefon bimbit sewaktu dia memasuki lif untuk turun dari pangsapuri tempat tinggalnya yang terletak di Taizhou, daerah Zhejiang. Selepas itu, Ming kelihatan seperti sedang tercari-cari sesuatu pada jam 3 petang.

Sejurus kemudian, kanak-kanak itu memanggil pihak berkuasa dan memaklumkan bahawa dia telah kehilangan telefon bimbit yang dibawanya sewaktu bermain salji. Tanpa kad sim, telefon tersebut tidak dapat dijumpai.

K2 1
sumber: nextshark

Ibu Ming yang bernama Chen ternyata tidak dapat menerima berita kehilangan telefon bimbit miliknya dengan baik lalu bertindak menghukum anak lelakinya itu. Berdasarkan laporan media tempatan, Ming dikatakan telah diikat pada kerusi dan dipukul dengan batang kayu bermula jam 6 petang hingga 11 malam.

Chen juga dikatakan telah menutup mulut kanak-kanak tersebut supaya jeritannya tidak didengari oleh jiran-jiran. Walau bagaimanapun, Chen menafikan tindakan memukul anaknya secara lima jam berterusan tetapi mendakwa hanya beri sedikit air dan tidak memberi makanan kepada anaknya.

K3 1
sumber: nextshark
K4 1
sumber: nextshark

Wanita itu juga mendakwa menidurkan Ming dan meninggalkan anak lelakinya selepas Ming memberitahu tidak mahu berjumpa dengannya.

“Ibu, saya tidak mahu jumpa ibu,” kata Ming.

Keesokan harinya, Chen mendakwa terjumpa anaknya terbaring di lantai. Ming mengalami kecederaan di kepala, kaki dan punggung. Tangannya juga lebam-lebam dan bengkak. Anak kecil itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

K6 1
sumber: nextshark
K5
sumber: nextshark

Chen ditahan polis tiga hari selepas telefonnya ditemui. Pihak polis kini masih menyiasat punca sebenar kematian Ming.

Sampai hati dia buat anak macam tu. Telefon hilang boleh dijumpai, tapi kalau hilang nyawa tiada gantinya.

Baca: Bapa Tekup Muka Anak Berusia 3 Bulan Hingga Meninggal Dunia Kerana Tidak Tahan Bunyi Tangisan

Naak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.