in

Budak 5 Tahun Diabai Sejak Bayi, Ibu Bapa Hilangkan Diri Tak Mahu Bertanggungjawab

Budak Perempuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya kerana kesilapan masa lampau, seorang anak kecil dilahirkan ke dunia tanpa kasih sayang ibu dan bapanya. Sudahlah tak dapat kasih sayang, masa depannya pula bakal menjadi gelap kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang jelas.


Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ini yang hidup seperti warga asing kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akibat lahir hasil keterlanjuran ibu bapanya yang tidak berkahwin, lapor Harian Metro.

Anak
sumber: nst

Menurut datuk kepada mangsa, dia tidak tahu bahawa anak lelakinya dan teman wanita mempunyai hubungan dan mereka telah mempunyai seorang anak. Namun apabila perkara tersebut terbongkar, lelaki tersebut telah pergi berjumpa mereka dan meminta mereka untuk berkahwin.

“Namun hinggalah cucu saya dilahirkan mereka masih belum berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, teman wanita anak saya melarikan diri dan gagal dikesan hingga ke hari ini,” kata datuk mangsa.

Malah menurutnya lagi, anak lelaki dan teman wanitanya juga mempunyai seorang lagi cahaya mata yang berusia lapan tahun. Namun kanak-kanak perempuan itu telah diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Aduhai apa nak jadi ni?

Manakala, cucunya yang berusia lima tahun ini diambil dan dijaganya atas rasa perikemanusiaan. Lelaki berusia 50 tahun tersebut kini menetap di Temerloh bersama cucu perempuannya itu

Anak L N
sumber: harian metro

Pun begitu, kesukaran mulai timbul apabila kanak-kanak ini gagal mendapatkan sijil lahir selepas ibu kandungnya menghilangkan diri tujuh bulan selepas melahirkannya. Malah bapa kanak-kanak ini juga turut dikatakan ‘lepas tangan’ kerana tidak menghiraukan kebajikan zuriatnya.

Mangsa tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan sijil lahir dan si bapa juga tidak pernah memberikan sebarang wang perbelanjaan kepada anaknya. Eh apa punya bapak ni??

Apabila disoal mengenai masalah cucunya yang tidak mempunyai sijil kelahiran kepada JPN Pahang, dia gagal mendapat respon positif daripada pihak JPN kerana status ibu mangsa yang gagal mendaftarkan anaknya selepas dilahirkan.

“Kami cuba mengesan wanita berkenaan dan mencari keluarganya, namun gagal. Kami harap dia dapat tampil untuk membolehkan cucu saya didaftarkan seterusnya mempunyai sijil lahir.

“Saya bimbang jika dia tidak mempunyai dokumen menyebabkan masa depannya akan terumbang-ambing kerana tahun depan saya ingin daftarkan dia ke pra-sekolah,” luah lelaki tersebut.

Anak Ln Blur
sumber: harian metro

Walau bagaimanapun, datuk kepada mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap ini berjanji untuk membantu pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk memberi sebarang informasi  berhubung isu sijil kelahiran cucunya. Hal ini kerana pihak hospital di mana kanak-kanak itu dilahirkan mungkin ada menyimpan rekod penting berkaitan mereka.

Hanya kerana kesalahan lampau, tak pasal-pasal anak yang tak bersalah mendapat akibatnya. Semoga urusan memperoleh sijil kelahiran kanak-kanak tersebut dipermudahkan…

Baca: Ibu Bapa Ketagih Dadah Abai Anak Berusia 1 Dan 3 Tahun, Tidak Beri Susu Selama Seminggu

Abai Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.