in

Budak 10 Tahun Kantoi Guna Duit Belanja Sekolah Untuk Beli Dadah

Dadahff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wang saku untuk ke sekolah selalunya diberikan oleh ibu bapa. Namun bagi yang sudah tidak mempunyai ibu bapa, kakak mahupun abanglah yang bertanggungjawab menyediakan wang tersebut untuk bekalan adik-adik ke sekolah.


Pun begitu, seorang abang langsung tidak menyangka bahawa wang saku yang dibekalkan kepada adiknya untuk dibawa ke sekolah digunakan bagi membeli benda terlarang. Menurut Astro Awani, lelaki tersebut yang tinggal di Kampung Bukit, Pokok Sena terkedu apabila mendapati bahawa adiknya menggunakan wang saku diberinya untuk membeli dadah!

Dadahff 1
gambar hiasan

Perkara ini terbongkar apabila adiknya yang baru berusia 10 tahun itu didapati positif dadah setelah menerima ujian dadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Lelaki tersebut begitu terkejut kerana adiknya yang masih dibangku sekolah rendah sudah terjebak dengan najis dadah.

“Dia baru berusia 10 tahun namun segalanya mengejutkan saya apabila dia positif dadah apabila Agensi Antidadah Kebangsaan Kedah melakukan pemeriksaan air kencing,” kata lelaki tersebut.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut yang merupakan abang sulung dimaklumkan bahawa kesemua adik-adiknya terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kegiatan tersebut dipercayai bermula apabila tujuh beradik itu tinggal bersendirian setelah kehilangan ibu bapa empat tahun lalu.

Da3
gambar hiasan

“Dia maklumkan dia berkawan dengan orang yang dewasa daripada dia, dia semuanya berkawan. Lepas itu dia pekena dadah. Bila tidak ada duit, orang tidak bagi dadah dia kata kena cari duit.”

“Ada ketikanya minta dari saya. Saya bagi seringgit dua buat belanja sekolah. Saya ingatkan dia beli makanan, tidak sangka pula dia beli dadah.

Salah seorang daripada adik kepada lelaki tersebut yang merupakan penagih dadah mendakwa bahawa dia tidak pernah melarang adiknya yang lebih kecil untuk mengambil dadah. Beberapa orang adik kepada lelaki berkenaan kini telah ditahan oleh pihak AADK dan ada yang sudah melarikan diri.

Da4
sumber: astro awani

Pasti hancur hati abang apabila dapat tahu adik sendiri terlibat dengan dadah. Bukan seorang, tapi semua pula tu…

NOTA: Gambar di atas hanya sekadar untuk tujuan ilustrasi.

Baca: Tiga Beradik Kantoi Selamba Layan Syabu Dalam Rumah di Kedah Ketika Ada Ibu Bapa

Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.