Budak 10 Tahun Bercinta Dengan Model Cantik, Hadiahkan iPhone X Pada Hari Krismas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Pada musim cuti perayaan, orang ramai pastinya ingin meluangkan masa bersama keluarga ataupun keluar menghabiskan masa dengan insan tersayang. Inilah yang dilakukan oleh seorang budak lelaki dari Thailand yang menghabiskan masa cuti hari Krismas dengan keluar bersama kekasih hati ke pusat membeli belah.

Menurut WORLD OF BUZZ, budak lelaki dikenali sebagai Nantapong Kidwapattana telah keluar bersama kekasihnya pada percutian hari Krismas yang lalu. Seperti pasangan kekasih yang lain, Nantapong tidak terlepas untuk memuat naik saat-saat indah mereka bersama di laman Facebook miliknya.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Apa yang mengejutkan, Nantapong hanyalah seorang budak lelaki yang berusia 10 tahun, namun memiliki kekasih yang merupakan seorang model cantik dan popular! Perempuan itu juga merupakan seorang DJ serta jauh lebih tua berbanding Nantapong.



Dalam gambar-gambar yang dimuat naik Nantapong di laman Facebook miliknya, budak lelaki itu turut mengejutkan orang ramai kerana dilihat menghadiahkan sebuah iPhone X kepada kekasihnya! Wowwww!

Sumber: Facebook

“Hari ni saya bawa kekasih tengok movie. Disebabkan dia seorang gadis yang comel, saya belikan dia sebuah iPhone X berharga 47,000 baht (bersamaan RM5,800) sebagai hadiah,” kata budak lelaki itu dalam status yang dimuat naik di Facebook.

“Telefon bimbit ini adalah sebagai ganjaran untuk cinta kami,” kata Nantapong lagi.

Nantapong telah memuat naik banyak gambar-gambar kenangan bersama kekasihnya dan tidak lupa untuk menunjukkan teman wanitanya yang cantik kepada semua rakan-rakan di Facebook. Seperti pasangan yang sedang mabuk bercinta, Nantapong juga tidak lupa untuk mengambil gambar tangan mereka menunjukkan bentuk hati. Alololo sweetnya!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Hadiah Krismas yang diberikan kepada kekasihnya itu cepat sahaja tular di laman sosial dan telah dikongsi lebih 55,000 kali dalam masa tiga hari sahaja. Netizen juga berjaya mengesan identiti model cantik tersebut yang merupakan seorang model yang dikenali di Bangkok.



Sumber: Facebook

Rata-rata netizen mengatakan bahawa budak lelaki berkenaan hanya mampu bersama dengan model cantik tersebut kerana wang yang dimilikinya.

“Ini menunjukkan yang duit adalah segala-galanya; kau boleh buat apa sahaja jika kau kaya, termasuklah kekasih cantik,” kata seorang netizen.

“Budak ni ada date sebab dia ada superpower dan superpower dia adalah duit,” kata seorang lagi netizen.

Perghhh abang abang yang sama umur dengan girlfriend dia ni mesti rasa tercabar! Haha!

Baca: Remaja 16 Tahun Kahwini Warga Emas 71 Tahun Selepas Ugut Keluarga Untuk Bunuh Diri



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.