in

“Buat kerja pun cincai!” – Fathia Latiff Tak Puas Hati Dengan Pihak Produksi?

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fathia Latiff memang dikenali sebagai antara artis di Malaysia yang sangat terbuka menyatakan apa yang difikirkan di laman sosial. Tahun lepas sahaja, macam-macam tweet telah dimuat naik olehnya yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi.


Baru-baru ini, Fathia sekali lagi telah memuat naik tweet yang mendapat perhatian ramai di laman Twitter. Terbaru, pelakon berusia 31 tahun ini telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah produksi dengan mengatakan mereka hanya mencari kesalahan orang lain.

Ggg
sumber: instagram

Fathia mengatakan pasti ramai yang merindui untuk melihatnya di kaca televisyen. Tambahnya lagi, dia kini sedang menanti cerita, skrip serta watak yang terbaik dan turut memerli bahawa perlu menanti dalam jangka masa yang sangat lama sebelum dapat menerima tawaran tersebut.

Fathia1
sumber: twitter

Kemudian, tidak semena-mena Fathia menyentuh tentang disiplin iaitu tentang isu di mana dia datang lewat ke lokasi pengambaran sebelum ini. Kemungkinan menujukan kepada sesebuah produksi, kata Fathia, mereka juga pernah datang lambat dan sering mencari kesalahan orang lain.

Fathia2
sumber: twitter

Fathia juga mempertikaikan pihak itu yang tidak membuat tugasan dengan baik serta hanya tahu menuding jari mencari keburukan orang lain tanpa mengambil kira sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang tersebut.

Fathia3

Fathia4
sumber: twitter

Tambahnya lagi, pihak produksi lain yang terkenal tidak membuat kecoh tentang perihal datang lambat seperti mereka yang menunjukkan bahawa produksi tersebut tidak bagus. Tweet Fathia itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata mempersoalkan masalah disiplin Fathia di lokasi yang tidak boleh diambil ringan.

F1Blur

F2Blur
sumber: twitter

Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai cabaran yang perlu mereka tempuhi, daripada masalah kerja seperti apa yang dilalui Fathia ini, sehinggalah menghadapi kecaman dan tohmahan netizen.

Bilalah tu agaknya dapat tengok Fathia berlakon…

Baca: Tak Serik Dikecam, Fathia Latiff Nak Interview Perdana Menteri Malaysia Pula!

Mmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.