in

It’s A Boy! Kehadiran Cahaya Mata Sulung Lengkapi Kehidupan King Coco dan Suami

King 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial kerana gaya percakapannya yang dianggap dibuat-buat oleh netizen, King Coco atau nama sebenarnya Mashaira Ismail telah selamat diijab kabulkan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Azrin Anaz Abdul Shukor pada awal tahun ini.


Coco5
sumber: sekolah putih

Menurut Media Hiburan, walaupun dihujani pelbagai kontroversi kerana menjadi isteri kedua kepada lelaki yang lebih dikenali sebagai Captain Azrin itu, rumah tangga King Coco nampaknya semakin bahagia malah kini lebih lengkap dengan kehadiran anak sulungnya!

Coco6
sumber: instagram

King Coco telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada jam 5:29 petang semalam. Wah, tahniah! Coco juga turut memuat naik sebuah video untuk menghargai layanan baik hospital berkenaan di laman Instagram miliknya.

Sedang netizen sibuk berteka-teki akan jantina bayi seberat 3.5kg itu, suaminya sendiri telah menjawab segala persoalan dengan memuat naik sekeping gambar di laman Instagram dan mengesahkan bahawa isterinya telah melahirkan seorang bayi lelaki! Alhamdulillah..

Coco2
sumber: instagram

Azrin juga turut berkongsi sekeping gambar isterinya yang kelihatan gembira selepas melahirkan anak mereka dan berterima kasih kepada kedua orang tua, adik-beradik, saudara-mara, serta sahabat handai yang datang melawat serta memberikan sokongan kepadanya dan isteri.

Coco3
sumber: instagram
Coco4
sumber: instagram

Tidak lama selepas itu, Azrin memuat naik sekeping lagi gambar anak lelakinya dengan kapsyen kata-kata dari Frank A. Clark berbunyi, “A father is a man who expects his son to be as good a man as he meant to be.”

Coco1

Komen 4
sumber: instagram

Melihat pada kapsyen yang ditulis Azrin, ramai netizen beranggapan bahawa dia memberikan hint bahawa anak lelaki mereka diberikan nama Putra Kyle Mateen.

Semoga dengan kelahiran cahaya mata sulung ini dapat mengukuhkan lagi perasaan cinta King Coco dan suaminya!

Baca: Tampil Dengan Gaya Rambut Blonde, Peminat Puji Siti Sarah Persis Barbie Doll

Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.