in

“Boleh bayang tak tiba-tiba anak jatuh atas jalan tengah laju takde helmet? Budak-budak naik motor pun boleh tido tau..”

Motosikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin bagi sesetengah orang, motosikal adalah kenderaan yang bahaya. Namun bagi mereka kurang berpendapatan, motosikallah kenderaan yang paling berguna. Bahaya itu letak nombor dua meskipun ia melibatkan nyawa kanak-kanak.


Pun begitu, tidak semua pengguna di jalan raya sanggup melihat situasi tersebut terjadi di depan mata.

Melalui perkongsian Penang Kini, seorang lelaki telah terserempak dengan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal melalui lebuhraya PLUS dari Seberang Jaya.

“Pagi tadi (aku) on the way ke Pulau Pinang dari Seberang Jaya, terserempak dengan akak ni perderaih (bawa deras) laju membelah lebuhraya PLUS.” 

Namun apa yang mengejutkannya ialah apabila dia terlihat punggung anak kecil yang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya itu senget sebelah dan hampir terjatuh dari tempat duduk motosikal tersebut.

Bontot anak dia kat belakang tu (sekitar 4-5 tahun) dah jatuh dari seat senget sebelah sambil bergayut pada baju mak dia. Gila b*b* seriau tengok!” 

“Boleh bayang tak tiba-tiba anak jatuh atas jalan tengah laju tak ada helmet? Budak-budak naik motor pun boleh tidur tau. Siapa pernah bawa budak naik motor, fahamlah,” kata lelaki tersebut lagi. Aduh ngeri! 

Oleh kerana rasa prihatinnya, dia membunyikan hon kepada wanita tersebut dan menegurnya akan hal itu. Sedar akan apa yang diberitahu lelaki itu, wanita tersebut cuba memperbetulkan kedudukan anaknya yang sedang dibonceng.

“Hati tak sedap, aku slow balik tunggu dia. Sampai depan, (dia) sudah di escort oleh dua orang bikers ini yang sama-sama prihatin dengan keselamatan anak ini.”  Syukurlah…

19961331 1969254869978655 7762728456186925286 N
sumber: facebook

Pun begitu, kedua-dua penunggang motosikal yang mengiring wanita tadi masih merasakan keadaan kanak-kanak yang membonceng motosikal tersebut tidak selamat. Wanita itu juga menurutnya membawa seorang lagi anak yang berusia dua tahun yang diletakkan di dalam bakul motosikal sahaja.

Akhirnya penunggang motosikal ini memutuskan untuk membawa salah seorang dari anak wanita tersebut hingga ke tempat yang ditujui.

20031682 1920091398257349 6476874017014911621 N
sumber: facebook

Alahai baiknya hati abang motor!

Walau bagaimanapun perkongsian dari Penang Kini ini telah mendapat pelbagai kritikan dari netizen yang menyifatkan tindakan ibu tersebut sebagai sangat berbahaya dan tidak mengambil kisah akan nyawa anak-anaknya.

Moto 3
sumber: facebook

Komentar pedas dari netizen membuatkan Ahmad Mazhar dan Muhamad Faizal Yusof, iaitu dua lelaki yang mengiring wanita tersebut sehingga sampai ke destinasinya tampil menceritakan hal yang sebenar.

Moto 1
sumber: facebook
Moto 2
sumber: facebook

Malah kata-kata mereka juga mengundang persetujuan dari netizen lain yang rata-rata berbangga dengan sikap prihatin yang ditonjolkan penunggang-penunggang motosikal ini. Syabas! 

Moto 4
sumber: facebook

Semangat yang macam inilah yang kita mahukan! Saling prihatin dan bantu membantu sesama pengguna jalanraya. Bukannya bergaduh dan jadi samseng jalanraya pula, kan??

Baca: Sikap Prihatin Orang Ramai Berjaya Bantu Selamatkan Lelaki Pengsan Terkunci Dalam Kereta

Prihatin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.