“Bodoh tak kena tempat..” – Netizen Kecam Penunggang Motorsikal Yang Ditimpa Kemalangan Ini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kemalangan melibatkan penunggang motosikal bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa di Malaysia ini. Begitu kerapnya berlaku kemalangan membabitkan motosikal membuatkan kita semua menjadi lali dengan berita sebegitu.

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang dimuat naik oleh individu yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz. Melalui perkongsiannya, Hafiz menulis,

“Hidup hanya sekali.. Yang pergi tetap pergi”



Sumber: Facebook

Video itu menunjukkan kemalangan yang dilaporkan berlaku di Sungai Petani, Kedah pada malam Ahad yang lepas. Melalui rakaman video itu, tiga lelaki dikatakan terlibat dalam aktiviti lumba haram atau dipanggil merempit pada malam tersebut.

Masing-masing dirakam memecut laju motosikal mereka dan kerana terlalu seronok dengan apa yang dilakukan, mereka sama sekali tidak peduli untuk mematuhi peraturan jalanraya. Ketiga-tiga lelaki itu langsung tidak mengendahkan lampu isyarat yang bertukar merah pada waktu tersebut.

Beberapa buah motosikal boleh dilihat berhenti di tepi jalan termasuklah individu yang merakamkan kejadian tersebut. Banyak kereta turut dilihat berhenti di lampu merah persimpangan itu dan penunggang motosikal tersebut hanya meneruskan pecutan mereka serta melanggar lampu isyarat.

Sebaik melepasi lampu isyarat itu, kesemua mereka telah dirempuh oleh sebuah Proton Kembara dan pertembungan itu menyebabkan ketiga-tiganya maut di tempat kejadian.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Oh My Bulan

Status Hafiz itu kemudian mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengecam tindakan ketiga-tiga penunggang motorsikal tersebut. Ramai netizen menunjukkan rasa tidak puas hati mereka memandangkan kes sebegitu kerap berlaku di negara ini.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Harap kejadian seperti ini dapat dijadikan teladan buat kita semua. Patuhi undang-undang di jalan raya dan berhati-hati apabila memandu ya! 🙂

Baca: Pemandu Perodua Kenari Nyaris Maut Bertembung Dengan Pemandu BMW Yang Biadab

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.