“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam…” – Respon Sajat Apabila Gambar Mengandung Dikecam Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa yang tak kenal wanita bernama Sajat ni kan?

Usahawan kosmetik berstatus jutawan itu boleh dikatakan popular di media sosial kerana wajahnya yang cantik. Namun dia juga dikatakan popular kerana kontroversi isu jantinanya yang tiada kesudahan.

Sumber : Instagram

Namun, kali ini namanya naik bukan kerana kecantikan atau gelagatnya yang menghiburkan. Dia telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini kerana sekeping gambar lama yang dimuat naik di Instagram.



Sumber : Imgrum.com

Gambar kontroversi yang menunjukkan Sajat seolah-olah mengandung itu terus meletup di media sosial dan tersebar dengan laju. Netizen terus menyoal motif dan juga mengkritik kesahihan gambar tersebut.

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

Selepas gambar itu menjadi tular dan menerima pelbagai kritikan, Sajat telah tampilkan diri dan memberi penjelasan terhadap motinya memuat naik gambar tersebut.

Menurut MStar, gambar itu telah diambil pada 4 tahun yang lalu semasa dia bekerja sebagai seorang model dan berlakon menjadi seorang wanita mengandung bagi sebuah video komersial.

“Memang saya upload gambar ni, tapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja. Sajat dulu seorang model dan penari. Dan gambar Sajat mengandung ini adalah lakonan Sajat menjadi wanita mengandung.” 

Walaupun gambarnya telah tersebar tanpa kerelaannya, dia akui perkara itu adalah normal kerana akan ada orang yang mencemburui kejayaan dan popularitinya.



“Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat. Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan dah dosa.”

Apabila Sajat diminta komen tentang keinginan untuk mengandung, dia berkata

“Kalau ada jodoh kahwin baru kita tanya soal anak. Itu semua rezeki daripada Allah.”

Isu pasal Nur Sajat ni mesti akan sentiasa jadi topik panas, tapi seeloknya kita pun jagalah jugak percakapan kita. Jadi keyboard warrior pun tau kutuk je tiap masa dikira dosa jugak ya dok?

Baca : “Saya tidak tahu dia sebenarnya seorang lelaki….”



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.