“Biar saya bayar guna duit saya dulu..” – Lelaki Puji Kebaikan Staf Petronas Bayarkan Duit Minyak Kerana Kekurangan Wang Tunai

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kadangkala kebaikan seseorang membantu mereka yang di dalam keadaan terdesak sangat luar biasa. Begitulah yang dikongsikan seorang lelaki ini yang menceritakan kebaikan wanita yang tidak dikenalinya namun sudi membantu ketika dia dalam keadaan terdesak.

Menurut Dhany Sarip dalam entri Facebook beberapa hari lalu, dia berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Mustapha untuk mengisi minyak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Namun, sebaik memeriksa dompetnya, Dhany menyedari bahawa dia hanya mempunyai RM3 pada ketika itu.

Sumber: Facebook

Disebabkan itu, dia nekad untuk menggunakan kad kredit memandangkan lokasi mesin ATM agak jauh. Dhany kemudian disapa dan dilayan oleh staf bernama Asmah.



Sumber: Facebook

Ketika di dalam keadaan buntu, Asmah memberi satu cadangan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang dialami Dhany.

Tak apa. Biar saya bayar guna duit saya dulu.”

Dhany sudah semestinya terkejut dan terkesima. Perasaan serba salah mula terbit di dalam hatinya selain turut berasa ragu-ragu. Melihat Dhany terdiam dan tidak terkata, sambil tersenyum Asmah menyambung,

Nanti bila-bila tuan datanglah bayar pada saya.”

Kerana tergesa-gesa, Dhany bersetuju dan Asmah membantu mengisi petrolnya sebanyak RM30. Dhany kemudian mengucapkan terima kasih dan berjanji untuk berjumpa staf Petronas itu untuk melunaskan hutangnya.

Sumber: Facebook

Dhany kemudian meneruskan pemanduan sambil fikirannya melayang memikirkan kebaikan yang dilakukan Asmah terhadap seseorang yang tidak dikenalinya secara peribadi.

Sumber: Facebook

“Kepada Asmah, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Saya doakan Asmah terus sukses dalam kehidupan.”



Dhany yang berasal dari Pahang itu mengakhiri perkongsiannya dengan memuji pihak pengurusan stesen minyak tersebut kerana mempunyai staf seperti Asmah. Dia turut akui sepanjang setahun setengah bertugas sebagai tentera udara di Labuan, dia menyedari bahawa masyarakat di sana baik-baik belaka selain saling menghormati, mesra dan peramah.

Sumber: Facebook

Semoga kebaikan ditunjukkan Asmah membuka mata serta memberi inspirasi buat kita semua untuk melakukan perkara yang sama!

Baca: Gadis Jujur Tunggu Sejam Untuk Beritahu Pemilik Kereta Tercalar, Dibalas Dengan Biasiswa Kolej 4 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!