in

Betul Ke Susah? Lelaki Tegur Sikap Masyarakat Hidup Mewah Dan Minum Kopi RM13 Secawan

Magnumkl 4 Featut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekonomi di negara Malaysia semakin susah untuk dijangka. Rakyat pun kadang-kadang sudah malas untuk mengikuti perkembangan ekonomi negara yang tidak menentu dan memilih untuk terus bekerja mencari rezeki dari hari ke hari.


Bukan itu sahaja, kebanyakan rakyat kini memilih untuk membuat pelbagai kerja sampingan bagi menampung keperluan hidup dan sekali sekala memilih untuk reward diri sendiri dan keluarga setelah penat bekerja dengan membeli barangan mahal mahupun pergi melancong ke luar negara.

Walau bagaimanapun, Timbalan Ketua Pengarang Sin Chew Daily, Tay Tian Yan menganggap sikap bermewah ini sebagai tidak setara dengan keluhan masyarakat mengenai tekanan ekonomi yang dialami mereka. Pulak dah! 

Image 1
sumber: malaysian digest

Menurut Malaysian Digest, Tay mengatakan bahawa sikap rakyat Malaysia yang gemar mengeluh tentang kepayahan hidup kononnya akibat tekanan ekonomi semasa dikatakan berpunca daripada sikap, kehendak serta emosi mereka yang tidak pernah bersyukur dengan keselesaan yang dimiliki.

Beliau memberitahu bahawa terdapat percanggahan apabila masyarakat mengadu dan menuduh mengenai kenaikan harga petrol dan kemelesetan ekonomi sedang berlaku, tetapi masih mengutamakan pilihan yang paling atas atau mewah dalam memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.

Persoalannya bukan sama ada ekonomi teruk atau tidak, tetapi bagaimana sikap kita melihat ekonomi. Ekonomi tidak boleh dihuraikan mengikut perasaan.”

Tan8
gambar hiasan

Namun begitu, Tay tidak menyangkal bahawa masih ada rakyat yang hidup susah dalam kemiskinan dan memerlukan masa untuk menyelesaikan isu tersebut, namun hakikatnya masih ramai lagi yang hidup selesa.

Katanya lagi, kemewahan yang dapat dilihat dalam kalangan rakyat ialah dari segi pelancongan, makanan, kenderaan dan pakaian.

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa mengikut statistik, rakyat Malaysia lebih gemar untuk melancong ke luar negara seperti negara Eropah, Amerika Syarikat dan Australia yang dilihat sebagai tidak selari dengan aduan mengenai kenaikan harga barangan.

Saya tidak pasti adakah sikap suka melancong rakyat Malaysia ini ada kaitan dengan budaya atau genetik. Tetapi pastinya, ia lebih dikaitkan de­ngan kedudukan kewangan kera­na anda tidak boleh melancong tanpa duit,” jelasnya.

Tan7
gambar hiasan

Bukan itu sahaja, menurut Tay rakyat juga kini lebih suka memilih minuman berharga RM13 berbanding RM1.30 untuk secawan kopi, makan di restoran makanan laut berbanding di warung, melancong ke luar negara berbanding di dalam negara dan tidak membeli kereta Proton, sebaliknya memiliki kenderaan import. Hmm ye tak ye jugak ni!

Tan4
gambar hiasan

Tambah beliau lagi, dia percaya bahawa dakwaan penutupan pusat beli belah kerana tidak dikunjungi bukan kerana rakyat tidak berduit, namun mereka kini lebih memilih untuk membeli barang secara dalam talian. Selera pengguna juga dikatakan telah berubah untuk memiliki barangan yang lebih berjenama.

Korang macam mana? Adakah korang golongan yang macam ni?

Baca: “Cakap tak pakai otak” – Rakyat Desak Kerajaan Naikkan Gaji Minimum Kepada RM1,500

Tan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.