in

“Bestnyaaaaa lagu niii” – Netizen Cair Dengar Lagu Aizat Cipta Khas Buat #Fattzura

Pagewawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Bestnyaaaaa lagu niii" - Netizen Cair Dengar Lagu Aizat Cipta Khas Buat #Fattzura
Loading
/

Walaupun peminat masih terkejut bercampur gembira dengan berita pengumuman pertunangan mereka seminggu lalu, pasangan pelakon sensasi Fattah Amin dan Fazura tidak mengambil masa yang lama untuk mengikat tali pernikahan. Umum telah sedia maklum bahawa pasangan pelakon popular tanah air ini telah selamat melangsungkan pernikahan mereka malam tadi.


Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin telah sah menjadi suami isteri dalam pernikahan di majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar jam  9:50 malam tadi. Mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya, Fazura telah sah menjadi isteri Fattah dengan sekali lafaz sahaja.

Fa2
sumber: instagram

Mendengar sahaja berita gembira pernikahan eksklusif pasangan pelakon Hero Seorang Cinderella ini, netizen tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah dan meluahkan kegembiraan mereka. Tidak ketinggalan, rakan artis juga turut sama mengucapkan tahniah dan mendoakan yang baik-baik kepada pasangan ini.

Aizat Amdan, penyanyi popular tanah air dan komposer lagu Wanita Terakhir dendangan Fattah juga tidak ketinggalan untuk meraikan berita gembira tersebut. Menurut Media Hiburan, Aizat telah mencipta sebuah lagu khas untuk pasangan mempelai itu.

Fa3
sumber: instagram

Sebelum memperdengarkan lagu baru ciptaannya berjudul “Sampai ke hari tua” itu secara live kepada pengikut-pengikut di laman Instagram, Aizat menyatakan bahawa dia turut tumpang gembira atas pernikahan sahabatnya itu.

“Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari yang paling gembira untuk semua orang. Terutamanya kejutan malam ini yang kita dengar. Akhirnya sahabat saya, Fattah Amin telah menamatkan zaman bujangnya dengan Fazura.”

“Jadi ini ada satu lagu untuk kedua mempelai dan ini merupakan lagu baru berjudul Sampai Ke Hari Tua,” kata Aizat sebelum mengakhiri kata-katanya dan mula memetik gitar.

Fa5 E1511857739917
sumber: instagram
Fa7 E1511857830966
sumber: instagram

Lagu yang dicipta sendiri dan dinyanyikan oleh Aizat itu mendapat pujian ramai netizen malah ada yang akui sampai nak menangis mendengarnya! Sweet betul ni! Netizen juga meminta supaya Aizat menyanyikan lagu tersebut di majlis resepsi Fattah dan Fazura yang mungkin bakal diadakan tahun hadapan.

Cubalah korang dengar sendiri lagu ciptaan Aizat khas untuk #Fattzura ni, jangan sampai menangis pulak!

Sumber: Youtube

Baca: Kecoh di Media Sosial, Fattah dan Fazura Sudah Bernikah?

Fa10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.