in

“Bertuah sungguh anak-anak murid ni” – Penyediaan Makanan RMT Yang Unik di Sekolah Ini Dipuji Netizen

Rmtmakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekolah dulu pasti ada yang ingat dengan program khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang menyediakan set makanan berkhasiat buat pelajar sekolah yang memerlukan. Kalau dulu makanan yang disediakan hanya sekadar asal siap dan tidak begitu menarik. Namun nasib pelajar sekarang sangat bertuah kerana perkara tersebut sudah berubah.


Menerusi perkongsian Cikgu Emmet Menulis di Facebook, dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan penyediaan RMT yang sangat unik dan membuka selera pelajar yang menerimanya. Tiada lagi makanan yang tercemar dan terdedah kepada lalat tetapi kini makanan lengkap dengan bekas berwarna-warni seakan bento dari Jepun! Wow!

26219220 1571185192929478 4457132673803583683 N
sumber: facebook
26169631 1571185142929483 7418705658663904527 N
sumber: facebook
26167345 1571185262929471 7735233889383025279 N
sumber: facebook

“Kemas, bersih dan tersusun. Mengendalikan Rancangan Makanan Tambahan atau RMT di sekolah bukan satu perkara yang mudah. Namun bagi penyelia kantin SK Bako, ia menampilkan kaedah yang agak unik iaitu menggunakan bekas berwarna dan mug keluli serta disusun tertib. 

“Bekas yang cantik seakan bento ini pasti menggamit selera anak-anak yang layak menikmati RMT ini. Tahniah kepada SK Bako yang dipimpin oleh guru besar, Tuan Awang Majri dan penyelia makan RMT, Normala Hikeni,” jelas Cikgu Emmet.

26167184 1571185232929474 1830449942941353103 N
sumber: facebook

Usaha yang ditunjukkan pihak pengurusan SK Bako dalam menyediakan makanan RMT buat para pelajar telah mendapat pujian daripada netizen yang tersentuh dengan apa yang mereka lakukan. Pastinya pelajar yang menerima RMT ini berselera menikmati makanan tengah hari mereka kan?

Rmt K1

Rmt K2
sumber: facebook

Malah bukan SK Bako saja yang menyediakan RMT dalam cara yang unik seperti ini, beberapa sekolah di tempat lain juga menyediakan makanan dengan gaya yang sama.

Rmt 1
sumber: facebook
Rmt 2
sumber: facebook
Rmt 3
sumber: facebook

Syukurlah masih ada guru yang prihatin dengan keperluan anak murid dan tidak sambil lewa dalam menjalankan tugas. Kalau macam ni penyediaannya, bertambah ramailah murid yang berebut nak dapatkan makanan RMT kan?

Syabas cikgu dan sekolah yang menguruskan program ini! 

Baca: “Jangan ambil hak murid!” – Guru Kesal Ibu Bapa Penuhi Kantin Sampai Murid Tak Ada Tempat Duduk Untuk Makan

Duduk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.