in

“Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato” – Aliff Syukri Dihentam Kerana Status di Instagram

Alif Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak pernah surut dengan kontroversi, Datuk Aliff Syukri sentiasa menjadi tumpuan netizen yang seakan-akan tidak boleh menerima kelakuannya yang sentiasa mengundang kecaman.


Kalau terdahulu Datuk Aliff dikecam kerana tindakannya meletakkan Kucing Ajaib di dalam tandas dan kes kecurian pembantu rumahnya tidak lama dulu, kini isu rumah baru yang dalam pembinaan pula menjadi kecaman netizen.

Datuk Aliff Syukri melalui laman sosial Instagram telah memuat naik sebuah gambar dengan tulisan,

“Nampak tak saya? Cuba cari saya di mana? Ini bukan side utama depan rumah saya, ini side tepi laluan basement parking bawah tanah dan bilik.”

“Penantian itu satu penyeksaan. Lagi 35 peratus nak siap. Tak sanggup dah duduk rumah sekarang, azab sangat rasanya sebab banyak masalah air, elektrik semua ada. Bila lah rumah saya ini nak siap…” 

Rumah Aliff
sumber: instagram

Seriouslyy Datuk??

Akibat dari caption yang ditulisnya itu, beribu-ribu komen dari netizen membanjiri laman Instagram Datuk Aliff yang rata-rata mengecam abang terlajak laris ini sebagai tidak bersyukur.

“Rumah yang duduk sementara sekarang ni dia boleh cakap AZAB… bagaimana agaknya orang yang miskin tak ada apa-apa langsung.”

“Kecik hati orang Dato. Istilah azab tu macam rasa teruk sangat-sangat dah. Macam tak ada api air, bantal tilam bagai. Apa-apa pun yang paling utama kena #syukurselalu.”

“Bersyukurlah Dato. Orang lain ada lagi susah dari Dato, tidur bawah jambatan tak ada air bersih apa semua.” 

Alif Kaya
sumber: instagram

Malah ada yang memerli pedas Datuk Aliff, konon-konon mengaku faham akan kepayahan jutawan kosmetik tersebut.

“Aku pun rasa macam Dato ni rasa. Tinggal kat bilik restoran mamak. Kadang-kadang tidur dengan tikus, mandi pun macam tak mandi, air kotor. Kita senasib Dato.” 

Amboi korang… sedapnya mengutuk Datuk Aliff! 

Alif Kaya 2
sumber: instagram

Namun masih ada netizen yang berpendapat positif dan menganggap perkongsian Datuk Aliff sebagai pembakar semangat dan inspirasi untuk berjaya.

“Allahuakhbar. Syukur. Ni lah bukti usaha keras Dato selama ini kan… Alhamdulillah sangat-sangat mahligai Dato ni… #salute.”

“Tak perlu nak cemburu dengan @aliffsyukriterlajaklaris, sebab sebelum dia senang dia tahu macam mana peritnya nak berjaya. Korang tak nak usaha macam mana nak berjaya macam dia. Tak semua orang senang lahir-lahir senang. Diri sendiri yang tentukan nasib kita masa akan datang. Sekian.”

“Dato bukan nak menunjuk harta benda yang dia ada, tapi supaya menjadi inspirasi pada orang lain supaya berusaha sedaya upaya sehingga berjaya.”

Alif Kaya 3
sumber: instagram

Pun begitu, rasa-rasanya Datuk Aliff tak kisah pun dengan kecaman korang semua. Yang paling penting produknya terjual dan rumah barunya laksana mahligai tu bakal siap. Kannn?

Semoga Datuk Aliff terus murah rezeki dan diberikan hati yang mulia untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Baca: “Saya kecewa dengan laporan oleh pihak tertentu” – Rumah Aliff Syukri Diserbu Dua Agensi Penguat Kuasa

Dodi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.