in

Bersalin di Hospital Swasta Mahal? Pusat Bersalin 1 Malaysia Caj RM15 Sahaja Dengan Layanan First Class

7Blur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga yang bakal menyambut kedatangan cahaya mata pastinya akan sibuk membuat persiapan serta mencari hospital terbaik bagi melahirkan anak mereka. Namun, kebiasaannya hospital yang terbaik akan mengenakan caj yang tidak masuk akal dan sekaligus membebankan ibu dan bapa.


Walau bagaimanapun, kini ibu bapa tidak perlu risau lagi dengan kos yang perlu ditanggung untuk bersalin kerana Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia (PBBR1M) hanya kenakan bayaran RM15 sahaja!

Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) – Hospital Putrajaya (PBBR1M) di Presint 8, Putrajaya ini beroperasi di bangunan berbentuk perumahan (kuarters) sahaja tetapi kemudahan yang disediakan adalah lengkap untuk pesakit.

2Blur 5
sumber: harian metro

Namun begitu, menurut Harian Metro, PBBR1M hanyalah untuk ibu mengandung yang berisiko rendah ketika bersalin iaitu yang tiada risiko komplikasi kesihatan dan sebagainya. Sebelum bersalin, ibu mengandung bolehlah melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan awam di Putrajaya dan sekiranya memiliki rekod kesihatan yang baik, mereka akan dirujukkan ke PBBR1M.

3Blur
sumber: utusan

Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Arbayiah Ba’ai, 34, yang bersalin di PBBR1M memberitahu terdapat saringan yang akan dilakukan sebelum dapat melahirkan anak di situ.

“Tidak semua ibu mengandung boleh bersalin di PBBR1M kerana perlu melalui saringan ketat dan hanya yang betul-betul sihat saja yang diterima masuk.”

Menurut Arbayiah, bayaran deposit kemasukan yang dikenakan kepada orang awam hanyalah RM15 sahaja dan caj harian untuk bilik adalah RM3 manakala untuk kakitangan awam atau pesara kerajaan, tiada bayaran yang dikenakan. Murah!

6 1
sumber: twitter

Selain itu, kakitangan awam dan pesara kerajaan juga tidak akan dikenakan caj bersalin manakala orang awam perlu membayar sebanyak RM10 sahaja.

Bayaran yang dikenakan di PBBR1M sememangnya amat murah dan kualiti perkhidmatan adalah setaraf hospital swasta di mana setiap ibu akan diberikan sebuah bilik yang cukup selesa, lengkap dengan kipas, penyaman udara serta layanan doktor dan jururawat yang memuaskan.

5 2
sumber: blogspot

Oleh yang demikian, ibu dan bapa bolehlah menggunakan perkhidmatan PBBR1M bagi menjamin keselesaan bakal ibu dengan harga yang sangat berpatutan.

Wah! Bagus ni. Harap makin bertambah PBBR1M nanti.

Baca: Bos Tak Luluskan 90 Hari Cuti Bersalin? Anda Kini Boleh Saman Mereka!

1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.