Bernanah Dalam Otak, Kanak-kanak Terpaksa Jalani Pembedahan Tengkorak Lepas Picit Blackhead

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin ramai yang rasa memicit blackhead dan jerawat adalah jalan mudah untuk menghilangkan cela yang tiba-tiba muncul di muka. Tapi siapa sangka perkara sekecil ini boleh membawa padah yang cukup besar. Ini berlaku kepada seorang kanak-kanak yang terpaksa menjalani pembedahan hanya kerana memicit blackhead!

Beberapa minggu lalu, seorang wanita di Guangzhou, China telah membantu memicit blackhead yang muncul di hidung anak perempuannya, lapor Nextshark. Tanpa disangka-sangka, perbuatan itu menyebabkan anak perempuannya terpaksa menjalani pembedahan di kepala untuk membuang sebahagian daripada tengkoraknya!

Sumber: Nextshark

Gara-gara memicit blackhead anaknya dengan tangan, anak wanita itu telah mendapat jangkitan bakteria yang teruk sehingga bernanah! Difahamkan, doktor telah berjaya mengeluarkan 8 milimeter nanah daripada otak kanak-kanak tersebut selepas lima jam menjalani pembedahan di The First Affiliated Hospital of Jinan University pada Isnin yang lalu.



Kanak-kanak tersebut yang baru berusia 10 tahun, mula mengalami simptom-simpton seperti demam, pening dan loya sejak beberapa minggu yang lalu. Berdasarkan pemeriksaan kesihatan awal, Mei disangka hanya mempunyai selesema tapi rupa-rupanya sesuatu yang lebih teruk lagi berlaku.

Sumber: Nextshark

Ibu bapa kanak-kanak perempuan itu mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke hospital setelah dia hilang selera makan, sering muntah-muntah dan sakit kepala selama tiga hari.

Doktor dikenali sebagai Xiang memaklumkan bahawa tengkorak Mei terkena ‘tekanan yang kuat’, sama seperti kesan herniasi otak. Namun dalam kes Mei, ia disebabkan oleh pengumpulan nanah dan bendalir lain di dalam otak yang terhasil kerana jangkitan kuman.

Sumber: Nextshark

Nekad untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu, Xiang bertanya kepada si ibu dan mendapati bahawa dia telah memicit blackhead anaknya tanpa membasuh tangannya terlebih dahulu. Oleh sebab itu Mei telah terkena jangkitan Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) atau lebih dikenali sebagai bakteria superbug.

Xiang menasihatkan orang ramai untuk tidak memicit jerawat atau blackhead yang terletak pada ‘kawasan segitiga berbahaya’ di muka mereka. Saluran darah yang berada di kawasan ini bersambung terus dengan otak, menjelaskan mengapa jangkitan kuman itu boleh sampai ke otak walaupun hanya bermula di hidung Mei.



Sumber: Nextshark

Korang yang suka picit jerawat tu jaga-jaga, pastikan tangan betul-betul bersih ataupun tak payah picit je jerawat tu. Nanti dia hilang la tu sendiri.

Baca: Netizen Kini Tergila-gila Mahukan Bibir Nipis, Sanggup Jalani Pembedahan Bernilai RM41,000

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.