in

Benjy Dihukum Penjara 14 Tahun, Denda RM250,000 Kerana Seludup Dadah Melalui Dubur

Benjy 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Malaysia, Benjy dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan denda 800 juta Rupiah (RM250,944) selepas didakwa menyeludup dadah jenis methamphetamine, lapor Free Malaysia Today.


Pada pendengaran Rabu (semalam), Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim didakwa melanggar Undang-Undang Narkotika 209 dengan menyeludup dadah syabu itu melalui duburnya.

Kami menuntut panel hakim memenjarakan tertuduh selama 14 tahun,” kata pendakwa Maria F Tarigan semasa prosiding yang diketuai Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Benjy 3
sumber: fmt

Pelakon berusia 38 tahun itu ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara 18 April lalu.

Menurut The Jakarta Post, Benjy ditahan selepas gerak gerinya kelihatan mencurigakan selain kedatangannya ke Indonesia diragui. Selepas melalui pemeriksaan, pegawai yang bertugas pada ketika itu dilaporkan menjumpai 4.5 gram methamphetamine kristal yang dikenali sebagai sabu-sabu di dalam duburnya.

Benjy 2
sumber: berita harian

Selepas mendengar tuntutan pendakwa, Benjy yang juga anak bekas pelakon legenda Malaysia, Azean Irdawaty berkata, dia akan mengemukakan pembelaan pada pendengaran minggu hadapan.

Baca: Gara-gara Tidak Diberikan Wang Untuk Beli Dadah, Penagih Pukul Isteri Dan Anak di Pasar Tani

Pukul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.