in

Beli Jambangan Ayam di 7 Kedai Online Ini Untuk Pujuk Awek Yang Tengah Merajuk

Fried Chicken

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang anda selalu buat ketika kekasih hati sedang merajuk? Beri bunga mawar 12 kuntum? Hantar sekotak coklat Ferrero Rocher? Ataupun hadiahkan teddy bear sebesar manusia untuk dipeluk pada waktu malam? Namun setelah melakukan kesemua perkara ini, gadis yang anda cinta itu masih lagi merajuk dan anda kini sudah kering dengan idea nak buat apa.


Jangan risau! Apa kata kalau anda hadiahkan jambangan ayam goreng? Perempuan mana yang akan menolak makanan kan? Mesti mereka suka! Oleh itu, kami senaraikan tujuh kedai online untuk anda beli jambangan ayam sebagai salah satu cara pujuk awek tu. Hehe

 

1. Soul 21st Design 

Soul 2
sumber: instagram

Dibuka sejak tahun 2015, Soul 21st Design pakar dalam menguruskan dekorasi perkahwinan dan majlis keraian. Namun apa yang membuatkan kedai online ini menarik ialah ia menyediakan jambangan ayam bersama bunga dan buah-buahan buat pelanggan sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor.

Instagram: soul21stdesign 

Soul 1
sumber: instagram
Ec14
sumber: instagram

 

2. Bungareka 

5430
sumber: instagram

Nama kedainya saja sudah unik, begitu jugalah gubahan jambangan ayam daripada Bungareka ini. Anda boleh memilih untuk gandingkan ayam goreng dengan strawberi, coklat dan bunga ros merah dalam satu bekas. Cair awek anda yang menerimanya!

Instagram: bungareka.my

35F1
sumber: instagram
Bungareka 1
sumber: instagram

 

3. Petals Note 

27073120 570607863316814 907113949396661184 N
sumber: instagram

Kedai online yang baru dibuka dua tahun lepas ini berpegang kepada tagline sweet yang berbunyi, “Making beautiful flowers a part of life”. Tidak hanya menyediakan jambangan ayam goreng, anda juga boleh berikan kekasih anda jambangan strawberi merah yang pasti akan memaniskan wajah masamnya itu.

16649188 393970414313894 3780671180503320852 N
sumber: facebook

 

4. Koffeeling.fefeeling

3290
sumber: facebook

Ayam goreng biasa mungkin tidak akan berjaya memujuk kekasih anda yang tengah merajuk tu. Apa kata beri jambangan yang berisi ayam daripada restoran makanan segera seperti A&W, Texas Chicken ataupun 4Fingers? Sedap hingga menjilat jari ni! 

Instagram: koffeeling.fefeeling 

567A
sumber: facebook
23244425 536789696665686 5054099411363969031 N
sumber: facebook

 

5. J Party Havoc

J 1
sumber: instagram

Selain daripada menghasilkan jambangan ayam goreng yang sedap, J Party Havoc juga pakar dalam menghasilkan cupcakes bertema serta jambangan berisi sayuran yang lain daripada lain. Tak rugi tempah dengan dorang ni!

Instagram: jpartyhavoc

Fada
sumber: instagram
Jhavoc
sumber: instagram

 

6. My Floria

27973081 2068068763477484 3537047266858612194 N
sumber: facebook

Mahu beri jambangan ayam tapi takut terlebih bajet? My Floria boleh menyediakan jambangan ayam goreng mengikut bajet anda dengan hiasan floral yang unik dan menarik. Awek anda pasti tak tidur lena selepas mendapat jambangan ayam dari My Floria.

Instagram: myfloria.my 

32Ac
sumber: instagram
Floria 1
sumber: instagram

 

7. Bouquet x Anna

Anna 1
sumber: instagram

Nak jambangan ayam yang sedap tetapi digubah dengan bentuk yang lebih simple dan elegan? Mungkin Bouquet x Anna sesuai untuk anda buat tempahan. Servis jambangan ayam dan bunga ini hanya disediakan di kawasan Kuching, Sarawak.

Instagram: bouquetxanna

28277132 408370249591346 2496591344378680941 N
sumber: facebook
Anna 2
sumber: instagram

Macam mana? Dah pilih kedai yang sesuai untuk anda belikan jambangan ayam buat awek yang tengah merajuk tu? Goodluck bro! 

Baca: Ingin Beri Kejutan Buat Orang Tersayang? Ini Dia 8 Florist di Lembah Klang Yang Anda Perlu Follow!

Bunga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.