in

Bekas Isteri Dakwa Adi Putra Palsukan Surat Nikah Untuk Tujuan Perniagaan di Luar Negara

Ap3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Datuk Adi Putra merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Selain daripada aktivitinya sebagai anak seni, kehidupan peribadi Adi Putra turut menjadi perhatian umum termasuklah mengenai perkahwinannya dengan isteri kedua.


Namun, pelbagai masalah yang timbul sehingga menyebabkan Adi Putra menceraikan kedua-dua isterinya. Dia telah mengeluarkan kenyataan melalui akaun Instagram memberitahu bahawa dia tiada lagi apa-apa kaitan dengan Zuhaidah Yusof, 42, dan Norshahida Dzolkifly, 33, dan meminta tidak diganggu oleh rakan media.

Ap2
sumber: astro awani

Walaupun sudah tidak mempunyai pertalian dengan isteri-isterinya, baru-baru ini Utusan telah melaporkan bahawa bekas isteri kedua Datuk Adi Putra telah membuat laporan polis di Seremban kerana mendakwa dia telah membuat sijil nikah palsu yang melibatkan nama mereka untuk urusan visa dan perniagaan di luar negara. Pulak dah…

Ad3
sumber: utusan

Selain itu, menurut The Star, Norshahida membuat laporan tersebut kerana bimbang dan tidak rela namanya terpalit dalam apa jua urusan perniagaan yang dijalankan oleh pelakon lelaki itu. Norshahida memberitahu bahawa Adi Putra telah menukar nama dan mengubah suai sijil nikah miliknya dengan bekas isteri pertama kepada nama bekas isteri kedua. Beraninya…

Ujarnya lagi, sewaktu mereka masih bersama, Adi Putra pernah meminta passport dan menyuruhnya memohon visa untuk ke luar negara. Tidak mengetahui tujuan sebenar, Norshahida hanya menuruti kehendaknya.

Jelasnya lagi, dia mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis sebelum mereka berdua sah bercerai kerana bimbang berlaku pergolakan rumah tangga antara mereka berdua.

Kini, dia telah membuat dua laporan ke atas Adi Putra di Balai Polis Nilai, Seremban bagi tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd Shaffei telah mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan tersebut dan masih lagi menjalankan siasatan.

Baca: “Kau ni kenapa? Check mental sikit…” – Hafiz Mahu Joy Henti Jaja Cerita Negatif dan Buka Aibnya

Ap4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.