in

Bayi Ditemui Tertanam Dalam Tapak Lubang Jamban Rumah Kosong Masih Hidup

Bayi Timbus Lubang Tandas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Bayi Ditemui Tertanam Dalam Tapak Lubang Jamban Rumah Kosong Masih Hidup
Loading
/

Kuasa Tuhan mengatasi segala-galanya! Sungguhpun bayi ini ditemui tertanam di dalam tanah, ternyata nyawanya masih panjang setelah berjaya diselamatkan penduduk kampung yang menjumpainya.


Melalui perkongsian video sebuah grup di laman Facebook, seorang bayi baru lahir telah ditemui dekat lubang jamban sebuah rumah kosong di Indramayu, Jawa Barat, lapor Solopos.

20663923 325451297909293 2705677144271388132 N
sumber: facebook

Rakaman tersebut menunjukkan beberapa orang kampung Desa Gantar sedang berusaha menyelamatkan bayi lelaki tersebut dengan mengangkatnya keluar dari lubang yang dipenuhi tanah itu. Lubang pembuangan yang dipenuhi kayu, jaring dan sedikit rumput dikorek-korek supaya jasad bayi tersebut dapat diangkat keluar. Kesiannya! 

Dalam beberapa ketika, bayi tersebut kemudian diangkat oleh seorang lelaki bersama sehelai kain kotor dan urinya yang sudah membusuk. Bayi itu kemudian menangis dan dibiarkan beberapa minit di atas tanah sebelum anak kecil berkenaan diangkat semula dan dibalut kain batik yang bersih oleh seorang wanita. Kuatnya awak sayang! 

Menurut Solopos, terdapat beberapa kesan luka ditemui sekitar bahagian kepala sebelah kanan bayi tersebut. Malah menurut penduduk kampung, uri yang dijumpai kelihatan seperti baru saja terputus dari pusatnya dan membusuk.

Bayi malang itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut.

20770270 325451314575958 2822058027943075065 N
sumber: facebook
20708061 325451401242616 4000986579704399541 N
sumber: facebook
20728275 325451331242623 3141865976838042781 N
sumber: facebook

Dalam pada itu, pihak polis Indramayu memberitahu bahawa pihak mereka bercadang untuk melakukan ujian DNA terhadap anak kecil berkenaan untuk mencari siapakah gerangan ibu dan bapa kandungnya. Hmm dah buat anak, buang anak pulak ye??

Sampai hati timbus bayi baru lahir dalam tanah! Tak ada hati perut ke? 

Baca: Ibu Sumbat Bayi Ke Dalam Peti Sejuk Sebaik Dilahirkan Kerana Panik Tidak Bernyawa

Freezer Anak Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.