in

Bayaran Balik Pinjaman MARA Naik RM700 Mulai Tahun Depan? MARA Jawab Dakwaan Syed Saddiq

Mara Bayaran Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini kecoh di media sosial tentang dakwaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitter yang memuat naik tweet mengatakan peminjam pendidikan MARA telah diarahkan untuk membayar balik pinjaman sebanyak RM700 sebulan bermula bulan Februari 2018 berbanding bayaran sebelum ini yang bernilai RM100 sahaja. 


Berikut antara tweet yang dikongsikan Syed Saddiq:

Saddiq
sumber: twitter
Ducvs7Svwaaztgf
sumber: twitter
Ducvs7Xuqaeumfa
sumber: twitter
Ducvs7Vu0Ai2E G
sumber: twitter

Dengan menggunakan hashtag #SayaAnakMara, Syed Saddiq mendedahkan jadual bayaran balik pinjaman MARA yang mana pelajar yang terbabit perlu membayar RM700 sebagai bayaran ansuran selama tiga tahun sebelum ia dinaikkan secara berperingkat iaitu RM800, RM900 dan seterusnya untuk melunaskan pinjaman hampir RM500,000, lapor Malaysian Digest.

Mara 2
sumber: malaysian digest

Tweet yang dimuat naik Syed Saddiq telah mendapat pelbagai respon netizen yang rata-rata mengakui menghadapi masalah sama, di samping ada yang menyangkal dakwaan tersebut disebabkan tidak percaya.

Pun begitu, semalam pihak MARA menerusi akaun Twitter telah memuat naik kenyataan penafian akan dakwaan Syed Saddiq tentang kenaikan bayaran tersebut.

Dumlr1Cvmaag3If
sumber: twitter

Malah dalam pada masa yang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telahpun membatalkan rancangan untuk menaikkan kadar pembayaran balik pinjaman pendidikan daripada RM100 kepada RM700.

“Sudah dibatalkan. Bayar seperti yang lama,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Di samping itu, MARA juga menjelaskan bahawa mereka sering berusaha untuk meringankan bebanan bayaran balik peminjam.

“Sebagai contoh, jumlah pembiayaan penuh bagi seorang pelajar perubatan adalah sebanyak RM1,000,000 dan selepas pengurangan, pelajar hanya perlu membayar balik RM150,000 sahaja.”

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembayaran, pihak MARA meminta supaya para graduan menghubungi MARA terus untuk maklumat yang tepat.

Sementara itu, seorang graduan yang juga peminjam MARA telah memuat naik komen dari media sosial ke Twitter yang mengesahkan sebenarnya kenaikan itu benar-benar berlaku. Dia juga meminta mereka yang tidak memahami isu untuk tidak sibuk ‘menyalak’ mengenai hal berkenaan. 

Mara 1
sumber: twitter
Duq7Fwzuqaynelh
sumber: twitter
Duq7Hbdu0Aaiqy
sumber: twitter
Duq7Ia Vaauabl4
sumber: twitter
Duq7J47Umaal7B6
sumber: twitter

Sungguhpun isu ini mendapat perhatian dan perbincangan hangat di media sosial, graduan yang meminjam dengan MARA diminta untuk merujuk semula dengan pihak MARA sendiri bagi mengelakkan sebarang kekeliruan di masa hadapan.

Bayaran RM700 memang agak membebankan bagi graduan yang baru mendapat kerja, namun diharapkan bayaran asal RM100 itu pula tidak disia-siakan graduan hingga ada yang culas melangsaikan bayaran pinjaman balik tersebut.

Semoga pihak MARA dan graduan yang terlibat menemui jalan penyelesaian dalam masalah ini. 

Baca: Wanita Konsisten Bayar Hutang PTPTN Terkejut Terima E-mel Tunggakan Sebanyak RM9,484

Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.