in

“Bayar dulu baru bagitahu” – Suhaimi Saad Rahsiakan Venue Seminar Keibubapaan, Takut Keselamatan Terancam & Privasi Terganggu

Mosusuususus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti semua sedia maklum, nama penyanyi nasyid Suhaimi Saad kian disebut-sebut sejak akhir ini disebabkan beberapa kontroversi yang diciptanya. Satu, disebabkan isu flat earth dan dua, disebabkan anaknya yang tidak divaksinkan dan tidak dihantar ke sekolah.


Meskipun ramai yang menentang dakyah yang dibawa Suhaimi ni, ada juga segelintir yang rasa terinspirasi dengannya sehingga Suhaimi bercadang untuk buat seminar keibubapaan pada 31 Mac ini. 

53476520 977050589166246 1524139934636572672 N
sumber: facebook

 

Buat seminar tapi tak reveal tempat di mana? 

Selalunya bila buat program seperti seminar ni, benda pertama yang orang akan tanya ialah tempat di mana ia diadakan. Tapi menerusi poster kat atas, Suhaimi hanya menyatakan ia diadakan di Shah Alam sahaja dan tidak dinyatakan pulak tempat spesifik ia dianjurkan kat mana.

Lagi best, bila ada yang tanya di mana seminar ini diadakan, Suhami hanya menjawab ‘bayar dulu baru bagitahu’. Pulakkk? 

Venue
sumber: mstar

 

“Kalau tak mahu atau tak mampu, tak perlulah buang masa” 

Malah menerusi perkongsiannya di Facebook, Suhami juga nampaknya berang apabila ada sesetengah pihak sengaja mengganggunya di WhatsApp. Dia mengugut untuk menyebarkan nombor telefon individu terbabit jikalau mereka cuba bermain-main dengannya lagi.

Mosus 1

53892572 977577985780173 645750630761103360 N
sumber: facebook

Dalam pada tu, Suhaimi yang dikenali sebagai Mosus ni jugak berkata, tujuan dia menyembunyikan tempat acara seminar tu berlangsung ialah untuk menjaga keselamatan dan privasi keluarganya serta mereka yang terlibat.

“Program itu akan berlangsung di Shah Alam. Atas sebab privasi dan keselamatan kami hanya akan maklumkan lokasi sebenar kepada peserta yang membuat bayaran sahaja,” katanya.

53249239 974924709378834 3731302148919525376 N
sumber: facebook

Seminar Keibubapaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini akan diadakan pada 31 Mac 2019 dengan bayaran sebanyak RM269. Suhaimi berkata, dia tidak menetapkan sasaran individu yang akan hadir dan tak kisah kalau hanya 20 orang peserta je yang akan datang nanti.

Siapa yang pergi seminar ni kongsi la eh apa yang Mosus ajar tu… Min nak tahu jugak apa yang uniknya cara pengajaran dia ni. 

Baca: “Kdg2 macam xcaya dia ahli kumpulan inteam” – Netizen Kata Suhaimi Saad ‘Sakit’ Keadaan Terbaharunya Buat Ramai Terkejut  

Iq Mosus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.