“Batak sangat nak tiru budaya barat!” – Netizen Kecam Video Joe Flizzow Terlalu Seksi

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Joe Flizzow adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Dia bukan sahaja merupakan seorang artis rap, tetapi turut menulis lagu, menerbit muzik dan usahawan yang berjaya.

Baru-baru ini, Joe Flizzow telah mengeluarkan lagu terbaru miliknya yang berjudul Drop. Dia juga turut menaikkan video muzik untuk lagu tersebut di dalam akaun rasmi YouTube miliknya.

Meskipun sedap didengar namun, ianya mendapat perhatian bukan kerana kualiti lagunya tetapi kerana ramai yang tidak senang dengan penampilan wanita yang hanya mengenakan bikini di dalam video tersebut.



Sumber: YouTube

Menurut Harian Metro, Joe Flizzow sudah pun meminta maaf kepada yang tersinggung dengan babak wanita berbikini di dalam video muzik lagunya itu. Dia akui tidak melihat isu itu sebagai sesuatu yang besar kerana model tersebut bukanlah warganegara Malaysia.

Saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya.”

Selain itu, dia turut menjelaskan bahawa konsep video itu ditentukan oleh label yang mahu video tersebut tembus ke pasaran antarabangsa. Walaupun dengan permohonan maaf, netizen masih membanjiri ruangan komen YouTube video berkenaan dengan kritikan-kritikan pedas.

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Walau bagaimanapun, Joe mengaku terbuka menerima kecaman netizen dan turut tidak terkesan dengan perkara itu. Peminat setia Joe juga turut setia menyokongnya.

Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan.”

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Diharapkan lagu Joe Flizzow ini mendapat tempat di hati pendengar antarabangsa sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia dalam industri muzik genre rap.

Kualiti video muzik Joe Flizzow memang terbaik. Lagunya memang best dan rasanya memang ada peluang yang cerah untuk dipasarkan di luar negara.



Baca: “Nampak coli bukan bogel pun!” – Zizi Kirana Lali Dengan Kritikan dan Cacian Netizen

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.