in

Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Sudah Ada Bisnes Tudung Jenama Sendiri!

Tudung Iman Safiyah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika anda berusia 14 tahun, apa agaknya yang anda buat ye? Main guli dengan kawan-kawan? Atau tengah leka tonton siri anime Naruto dan Sailormoon? Remaja zaman sekarang lain pula ceritanya. Mereka sudah bijak mencari ruang dan peluang untuk berbisnes!


Nama Iman Safiyah mula tular dalam kalangan netizen apabila seorang pengguna media sosial memuat naik mengenai kisahnya di Twitter. Tweet tersebut mendapat perkongsian sebanyak 736 retweet dan rata-rata netizen memuji usaha Iman pada usia yang muda dalam mencari sumber kewangan sendiri.

Screen Shot 2018 01 09 At 3.23.47 Pm
sumber: twitter
Screen Shot 2018 01 09 At 3.14.48 Pm
sumber: twitter

Menurut Malaysian Digest, Iman Safiyah yang sudah mempunyai 285,000 followers di Instagram ini memulakan perniagaan tudung sekolah pada November 2017 lalu. Idea menjual jenama Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS) bermula apabila Iman sering merungut mempunyai masalah dalam membentuk tudung ketika hendak bersiap ke sekolah.

“Setiap kali Iman pakai tudung sekolah yang lama tu mesti ada masalah dan kadang-kadang Iman kena bersiap lebih awal. Di bahagian awning tudung sukar terbentuk dan bila Iman minta mama belikan spray pengeras awning, mama selalu lupa. Jadi dari situlah timbulnya idea nak keluarkan tudung sekolah sendiri,” jelasnya.

Ternyata bisnes tudung Iman berjaya menarik minat pembeli apabila Instagram @empire.imansafiyah dipenuhi dengan testimoni pelanggan yang gembira dan selesa menggunakan tudung jenamanya!

Dtem7V8Umamxihy
sumber: instagram

Menurut netizen juga, ia bukanlah kali pertama Iman terjun ke dalam dunia bisnes. Sebelum ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari ini pernah menjual selendang dengan nama Airish Shawl dan Belluna Bawal manakala tudung sekolah pula merupakan koleksi tudung terbaru daripada Iman Safiyah.

Malah kedai online Empire Iman Safiyah juga telah didaftarkan secara rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada awal tahun 2017. Wow! 

Iman Safiyyah
sumber: instagram

Mempunyai hobi membuat video di aplikasi Musically dan menonton Youtube pada masa lapang, ramai yang tidak tahu bahawa Iman berkawan rapat dengan pelakon cilik Mia Sara.

Iman 1
sumber: instagram
23498275 1412368442193638 7561943902098292736 N
sumber: instagram

Iman kini mempunyai misi dalam memenuhi permintaan rakan-rakan dan pelanggan yang ingin memakai tudung TSIS dan kalau boleh dia mahu melihat lebih ramai pelajar sekolah memakai tudung jenamanya sendiri. TSIS juga mahu mengeluarkan jenis tudung sekolah labuh bagi mereka yang bersekolah agama serta tudung sekolah yang berwarna biru, kuning, ungu dan hijau untuk keperluan sekolah tertentu. 

Semoga usaha usahawan muda ini terus sukses dan cerah masa depannya! All the best Iman! 

Baca: “Pertama sales sahaja dah lebih 1 juta..” – Wanita Kongsi Bagaimana Dulunya Nurse dan Kini Menjadi CEO

Bisnes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.