in

Bapa Tak Larat Angkat, Bayi Baru 10 Bulan Ini Seberat 28KG!

Bg12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemakanan dan kesihatan kanak-kanak terutamanya pada peringkat awal perlulah dijaga dengan baik. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dan  sentiasa mengawasi tumbesaran anak mereka serta sentiasa berwaspada sekiranya anak mereka melebihi berat daripada yang sepatutnya.


Penting untuk ibu bapa bertindak pantas sekiranya melihat terdapat kelainan dalam tumbesaran anak mereka. Lihat sahaja bayi kecil ini yang sudah obesiti pada seawal usia 10 bulan.

Asia One telah melaporkan tentang seorang bayi lelaki dari Mexico bernama Manuel Gonzales yang baru sahaja berusia 10 bulan, namun telah mencapai berat sebanyak 28kg!

Menurut ibunya, ketika baru dilahirkan, Manuel mempunyai berat yang normal iaitu 3.5kg sahaja. Namun, sejurus mencapai usia 2 bulan, beratnya sudah melonjak ke 10kg dan terus meningkat naik sehingga 18kg ketika umurnya 8 bulan.

Ibu bapa Manuel membawa kanak-kanak itu ke hospital kerana bimbang dengan kesihatannya. Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat mengesan punca sebenar bayi tersebut boleh membesar sebegitu.

Salah satu hipotesis bagi kondisi Manuel ialah dia kemungkinan mempunyai penyakit yang dinamakan sindrom Prader-Willi yang merupakan penyakit genetik di mana kanak-kanak mempunyai selera yang kuat dan otot yang lemah walaupun Manuel bukanlah jenis kanak-kanak yang asyik meminta makanan.

Penyakit ini dikatakan akan menyebabkan masalah jantung dan merencatkan perkembangan otak dan alat kelamin. Pada ketika ini, bayi ini perlu berulang alik ke hospital sebanyak 4 kali dalam seminggu untuk pemeriksaan lanjut.

Ibu bapa bayi lelaki ini terperanjat apabila pakar kanak-kanak memberitahu Manuel mungkin perlukan suntikan hormon yang setiap satunya berharga US$555 (RM2325).

Saya ingatkan Manuel jadi besar begitu kerana susu badan saya bagus,” kata ibu Manuel.

Menceritakan tentang bayi ini, ibu bapanya berkata Manuel hanya boleh duduk tegak kerana tidak boleh berjalan mahupun merangkak. Bapanya juga sudah tidak larat mengangkat anaknya walaupun dia mempunyai tubuh badan yang sasa.

Pakar bedah di bahagian pemakanan, Silvia Orozco berkata Manuel mungkin tidak mempunyai sindrom yang dikatakan itu tetapi barangkali kelenjar metabolismanya tidak berfungsi dengan baik kerana ketika mengandung, ibunya kekurangan nutrisi tertentu.

Buat masa ini, doktor masih lagi menanti keputusan yang telah dihantar ke Amerika bagi mengesahkan punca Manuel seberat itu dan ibu bapanya sedang mengumpul dana bagi membiayai semua kos rawatan.

Memang besar baby ni! Harap-harap keputusan dia cepat keluar dan tiada apa yang serius. Semoga baby Manuel membesar dengan dalaman dan tubuh badan yang sihat!

Baca: “Cantiknya mata awak!” – Hati Netizen Tertawan Dengan Kecomelan Bayi Kacukan Melayu Eropah Ini

Bg1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.