Bapa Meninggal Sebelum Perkahwinan, Pasangan Langsungkan Akad Nikah Depan Jenazah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia buat mana-mana pasangan yang sudah sekian lama menyulam cinta. Dengan restu ibu dan bapa, pernikahan yang menyatukan dua hati akan bertambah berkat dan diredhai Tuhan Yang Maha Esa.

Namun tidak semua perkara yang kita rancang menjadi seperti apa yang diinginkan. Menurut Tribunnews, sepasang pengantin baru di Jakarta, Indonesia tekad mengambil keputusan untuk meneruskan pernikahan di hadapan jenazah bapa yang baru meninggal dunia.

Sumber: Instagram

Kisah ini tular apabila Sahira Rianti atau lebih dikenali sebagai Sasha telah memuat naik foto di laman Instagram pada 16 Oktober lalu dengan menulis,



“Campur aduk rasanya, mahu menangis menjerit-jerit, tapi di satu sisi hati mahu senyum. Janggal sangat dengan ucapan yang berbelasungkawa (ucapan takziah) diikuti dengan ucapan selamat. Antara sedih dan bahagia. Tapi untuk papa, Sasha pilih bahagia. Untuk papa, Sasha dan Rama harus kuat.” 

Sumber: Instagram

Saiful Hadi yang merupakan bapa pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 16 Oktober lalu. Beliau yang berusia 59 tahun merupakan Penasihat Kanan ANTARA iaitu sebuah syarikat media yang terkenal di Indonesia.

Pada pagi yang hening itu, suasana sebak menyelubungi rumah Sasha di Jalan Rahmawati, Jakarta apabila jenazah tiba kira-kira jam 8.00 pagi. Semua hadirin meskipun masih dalam keadaan sedih dan pilu merelakan diri untuk menyaksikan pernikahan anak kedua Allahyarham, Sasha dan pasangannya, Rama.

Lebih menyedihkan, pernikahan mereka diadakan atas permintaan keluarga Sasha yang terkesan dengan pemergian Saiful yang sangat bertungkus lumus dalam membuat persiapan perkahwinan anaknya yang dijadualkan berlangsung 22 Oktober ini.

Sumber: Instagram

Sebaik sahaja pernikahan selesai, jenazah Saiful dikebumikan pada jam 10.00 pagi dan menurut sumber, Sasha terdahulu memberitahu bahawa bapanya pernah berpesan bahawa dia harus menikah sebelum lelaki itu menghadap Illahi. Sedihnya…



Namun semuanya tidak seperti yang dirancang, bapanya terlebih dahulu meninggal dunia. Dalam satu lagi posting di Instagram, Sasha yang juga seorang penyampai radio menulis kapsyen menyentuh hati,

“Manusia boleh berencana, tapi Tuhan yang menentukan. Rencana akad pada 22 Oktober ini, tapi Tuhan berkehendak lain. Sekarang papa sudah tak sakit lagi, sudah tidak bosan lagi asyik ke hospital. Papa sudah lega kan, sudah lihat Rama dan Sasha akad nikah. Kita janji pa, akan jaga rumah tangga ini sebaik mungkin. Tidur tenang ya pa. Sasha sayang papa.” 

Sumber: Instagram

Perkongsian Sasha telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata sebak dan bersedih dengan apa yang menimpanya dan pasangan. Mereka mendoakan supaya dia terus tabah dan redha dengan pemergian ayahnya itu.

Sumber: Instagram

Semoga pasangan ini terus kuat dalam menghadapi kehilangan seseorang yang disayangi. Apa-apa pun selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke jannah. Amin…

Baca: Bapa Nazak Sempat Saksi Pernikahan Anak Sebelum Meninggal Dunia Beberapa Minit Kemudian



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!