in

Bapa Melutut Merayu Orang Ramai Pukul Demi Mengumpul Dana Pembedahan Mata Anak

A1
Sumber: South Morning China Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa pasti akan melakukan yang terbaik untuk anak. Mereka sanggup berkorban dan mengambil tindakan yang berani demi kebaikan anak-anak.


Seperti seorang bapa di China ini yang sanggup melutut demi meminta derma dari orang ramai. Lelaki itu dilihat melutut dengan berseluar pendek tanpa baju di hadapan stesen keretapi di Beijing, lapor South China Morning Post.

Bukan itu sahaja, beliau turut memegang sebatang kayu sambil melutut dan meminta orang ramai untuk memukul punggungnya sebagai ganti dengan wang sebanyak 10 Yuan (RM6.47).

A1
sumber: south morning china post

Apa yang menyentuh hati netizen adalah, lelaki tersebut melakukan sedemikian demi mengumpul wang untuk pembedahan mata anaknya. Beliau turut menerangkan perihal anaknya itu di atas papan tanda. Seperti yang tertulis, anaknya mempunyai masalah penyakit mata kongenital dan boleh menyebabkannya buta jika tidak mendapat rawatan yang betul.

Isterinya turut berada bersamanya di sebelah sambil memegang anak mereka yang berusia satu tahun itu. Meskipun dengan cuaca yang sangat sejuk, beliau tetap gagahkan diri dan menahan kesejukan demi mendapatkan dana tersebut.

A2
sumber: south morning china post

Menurutnya, mereka memerlukan 100,000 Yuan untuk melakukan pembedahan. Pasangan berkenaan dikatakan berasal dari keluarga yang miskin, jadi mereka tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. Disebabkan itu, beliau mendapat idea untuk berbuat sedemikian.

Lebih menyedihkan, mereka mengembara sejauh hampir 1,500 kilometer dari Chongqing hingga ke ibu negara China itu. Menurutnya,

Saya terpaksa menghadapi realiti ini dan tiada apa yang saya boleh lakukan. Saya berasa sangat bersalah dan sedih.. Saya lakukan ini untuk menarik perhatian orang ramai dengan harapan mereka akan membantu anak saya.”

Saksi berkata, ramai orang awam yang melalui kawasan itu memberinya wang tetapi tiada seorang pun yang pernah memukulnya. Mestilah orang tak sampai hati nak pukul 🙁

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.