in

Bapa Cuba Kelar Anak Kerana Bekas Isteri Tidak Pulang Beraya

5 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti sesiapa saja akan berasa sedih apabila orang yang disayangi tidak pulang ke rumah untuk beraya bersama. Namun jika perasaan itu tidak dikawal dengan baik, ia mungkin akan mengundang masalah yang tidak diingini.


Dua hari lepas, seorang bapa di Manggatal, Kota Kinabalu dikatakan tidak mampu mengawal perasaan kecewanya lantas bertindak untuk mencederakan anaknya sendiri hanya kerana bekas isterinya enggan pulang untuk menyambut Hari Raya bersama, lapor Mstar

Bapa tersebut dan juga dua orang anak perempuannya dikatakan sedang menginap di rumah keluarga angkatnya di Kampung Suang Parai, Manggatal yang terletak di Kota Kinabalu pada hari kejadian.

Saat cemas itu bermula apabila ahli keluarga lain terhidu bau seakan terdapat kebakaran di dalam bilik tidur lelaki tersebut.

7 1
Sumber : berita harian

Mereka juga melihat lelaki itu mengurung kedua-dua anak perempuannya di dalam bilik tidur dan mengacukan sebuah pedang samurai berukuran 40 sentimeter ke leher mereka.

Ketika itu, dia dikatakan sedang mengamuk dan bercadang untuk cuba bunuh anak-anaknya walaupun sudah dipujuk ahli keluarga lain.

3 20
gambar hiasan

Setelah mengetahui kata-kata mereka itu tidak membawa sebarang kesan, mereka terus menghubungi pihak polis untuk mengambil tindakan lanjut.

15 minit kemudian, pihak polis tiba di rumah kediaman tersebut dan mengepung lokasi itu sambil memujuk lelaki tersebut untuk melepaskan anaknya serta menyerah diri.

4 11
Sumber : berita harian

Mereka terus memujuk dan berunding selama beberapa minit sehingga lelaki itu akur dengan kemahuan polis dan membawa anak-anaknya keluar dari bilik dan menyerahkan mereka pada ibu saudaranya kira-kira pada jam 5 petang.

Setelah ditangkap, polis kemudian merampas sebilah pisau berwarna perak dan juga sebilah pedang samurai berukuran 40 sentimeter. Kedua-kedua alat itu dipercayai telah digunakan sebagai senjata bagi lelaki tersebut untuk mencederakan anak-anaknya sendiri.

5 8
Sumber : berita harian

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, suspek mengalami kemurungan akibat kecewa dengan bekas isteri yang ketika itu sedang berada di Johor kerana enggan pulang untuk menyambut Hari Raya bersama mereka.

Pihak polis juga berkata setelah membuat siasatan lanjut, lelaki tersebut didapati berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu ketika itu.

4 12
gambar hiasan

Dia telah dibawa ke Balai Polis Alamesra dan direman sehingga hari sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Mujur kedua-dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan dari insiden tersebut.

Sebab itulah pentingnya kita jauhi dadah, kalau tidak macam-macam boleh jadi.

Baca : Bapa Kelar Leher Anak Kerana Terlalu Ralit Main Facebook

6 5 E1498707749886 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.