in

“Banyak kereta lalu lalang tapi takde satu pun berhenti..” – Kenapa Susah Sangat Nak Tolong OKU?

Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
“Banyak kereta lalu lalang tapi takde satu pun berhenti..” - Kenapa Susah Sangat Nak Tolong OKU?
Loading
/

Kita semua tahu, Orang Kurang Upaya (OKU) sentiasa mengharapkan bantuan daripada orang ramai, walaupun mereka tidak mengungkapkannya kepada kita. Boleh dikatakan, ia adalah common sense untuk kita semua. Rasanya, tidak sampai hati sungguh untuk menolak permintaan daripada mereka. Kannn!


Tetapi berbeza dengan pakcik OKU ini, di mana dia kesal dengan sikap orang Malaysia, yang jarang sekali untuk membantu golongan sepertinya. Menurut Irzaq Khalis, ketika dia dalam perjalanan untuk makan tengah hari, dia telah terjumpa dengan pakcik tersebut di hadapan Hotel Seeds. Pakcik berkenaan berdiri di tengah panas sambil memegang kertas bertulis,

“Tolong hantar saya ke Masjid Muadz..”

Photo 2018 01 20 12 33 31
sumber: facebook

Kata Irzaq, ketika itu dia perhatikan terdapat banyak kenderaan yang lalu lalang di situ, namun tiada satu kenderaan pun yang berhenti dan membantu pakcik itu.

“Dengan rasa rendah diri, saya berhenti kereta depan pakcik ni dan bawa dia masuk kereta”

Ketika di dalam kereta, sempat Irzaq berborak dengan pakcik tersebut. Katanya, pakcik itu sudah lama berada di hotel tersebut. Hotel itu sudah dianggap sebagai rumah dan tempat tinggalnya. Pakcik itu turut memberitahu, setiap kali waktu solat, dia akan berdiri dan tunggu di hadapan hotel berkenaan untuk meminta orang awam menghantarnya ke masjid untuk menunaikan solat.

“Tak kisahlah berapa lama pun, sampai ada yang sudi tumpangkan dia..”

Pakcik itu turut meluahkan perasaannya kepada Irzaq,

“Banyak sangat kereta lalu lalang, tapi takde satu pun yang berhenti. Pakcik tahu pakcik orang susah, pakcik buta sebab tu orang tak nak tolong pakcik..”

Photo 2018 01 20 12 33 20
sumber: facebook

Pakcik tersebut turut mengadu,

“Baitumal pun susah nak tolong walaupun pakcik OKU. Kalau dapat pun, tak banyak dan lambat. BRIM pula lambat lagi dapat..”

Kata Irzaq, luluh dan sebak sungguh hatinya apabila mendengar luahan perasaan pakcik itu, lebih-lebih lagi dia dengan keadaannya yang sebegitu.

Dalam perkongsian itu lagi, Irzaq turut meminta orang awam untuk menolong pakcik berkenaan sekiranya ada ternampaknya di kawasan Keramat Permai atau Setiawangsa.

“Minta tolong tumpangkan dia, tak susah pun, hantar dekat-dekat situ je.. Janganlah sekilas pandang atau sepintas lalu tanpa memberikan bantuan. Pakcik ni tak minta wang ringgit pun, dia cuma minta tumpang pergi atau balik dari masjid je..”

Alahai sedihnya… Harap rakyat kita lepas ni lebih terbuka hati untuk membantu mereka yang dalam kesusahan..

Baca: Wanita OKU Ditinggalkan Suami Selepas RM5,000 Wang Simpanannya Dikebas

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.