Banduan Luangkan Masa 14 Tahun Dalam Penjara Untuk Belajar, Kini Miliki Ijazah Sarjana!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Apa yang telah berlaku memang tidak dapat diundur lagi. Di saat orang lain sibuk membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan penting SPM, seorang remaja lelaki telah salah memilih jalan hidupnya suatu ketika dahulu dan menerima akibat terhadap perbuatannya yang lalu.

Menurut The Malay Mail, seorang lelaki dikenali sebagai Jim (bukan nama sebenar) telah dipenjarakan kerana kesilapan masa silamnya yang tidak dapat dimaafkan. Hidup dalam penjara dengan masa depan yang belum tentu, banduan tersebut cuba untuk menebus kesalahan silam dengan melakukan sesuatu yang lebih berfaedah.

Sumber: Kanal Satu

Orang lain mungkin sudah tidak fikir lagi pasal kehidupan luar setelah dipenjarakan, namun berbeza pula dengan Jim yang nekad untuk tidak menjadikan status dirinya sebagai penghalang dalam meneruskan pengajian.



Menurut Jim, dia mahu mendapatkan kelayakan akademik yang lebih tinggi supaya dia boleh berhubung semula dengan masyarakat sekiranya dia dibebaskan sesuatu hari kelak.

Sudah meringkuk dalam penjara selama 14 tahun, Jim ditempatkan di belakang palang besi kerana telah disabitkan kesalahan membunuh pada usia 17 tahun. Walaupun tidak tahu bila dia akan dibebaskan, Jim bertekad untuk menyambung pembelajarannya.

Sumber: WORLD OF BUZZ

Hasil titik peluh dan usaha keras yang tidak disia-siakan, Jim yang kini berusia 31 tahun telah berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Open University Malaysia (OUM) dengan CGPA 3.26! Jim juga dilaporkan telah menghadiri majlis konvokesyen pada hari Ahad yang lalu. Tahniah!

“Apa yang penting saya tak malu dengan diri saya. Saya terima pandangan masyarakat terhadap diri saya,” kata bekas pembunuh ini.

“Satu perkara saya belajar selama 14 tahun dalam penjara, saya belajar kawal emosi. Jadi saya takkan biarkan pandangan orang ramai menjatuhkan semangat saya.”



Sumber: The Malay Mail

Apa yang lebih mengagumkan, Jim nampaknya tiada rancangan untuk berhenti belajar kerana sudah berniat untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD pula! Jim bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan membantu membiayai kos pembelajarannya selama dia di penjara.

Semoga semangat dan keazaman Jim yang tidak mahu dibayangi kesilapan lalu menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita semua!

Baca: Pelajar Universiti Pernah Dipanggil ‘Bodoh’, Kini Miliki Tiga Ijazah Dalam Tempoh Lima Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.