in

“Balik rumah rasa penat dan mengantuk” – Sasha Saidin Kongsi Pengalaman Terima Suntikan Kedua Vaksin COVID 19 di UAE

Sasha Covid Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita di Malaysia, mungkin kita perlu menunggu beberapa bulan lagi sebelum menerima suntikan vaksin COVID 19, namun di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) rakyat di sana sudah boleh mengambil vaksin tersebut yang telah diluluskan negara itu.


Menurut Kosmo, pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin semalam telah berkongsi pengalamannya mengambil dos kedua suntikan vaksin COVID 19.

Sasha, 45, telah menerima vaksin keluaran Sinopharm bersama suaminya, Sirhan Wahab di Hospital Emirates Field, UAE.

Alhamdulillah saya dan suami sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama.

“Kami diberitahu jururawat bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada penggalak (booster) dan bersifat lebih ringan berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini,” katanya.

 

Ada side effect tapi tak terlalu kuat 

Menurut kakak kepada Zain Saidin ini, dia juga diberitahu bahawa dos kedua berkenaan mempunyai kesan sampingan yang bakal dialami penerima namun dia bersyukur side effect tersebut bersifat ringan dan bukan seperti suntikan pertama iaitu demam dan alergi.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas mengambil suntikan kedua, saya berasa sangat letih dan mengantuk, manakala Sirhan pula mengalami sakit kepala.

“Tetapi selepas mengambil paracetamol dan tidur seketika, badan kami mula berasa okey seperti biasa.

“Buat masa ini kami berdua baik-baik sahaja dan akan memantau keadaan antara satu sama lain. Kami telah pun kembali menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya lagi.

Sasha 1

Sasha yang pernah menganggotai kumpulan Elite juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan UAE kerana memberikan suntikan percuma kepada penduduknya.

Dia yang kini menetap di UAE kerana mengikut suaminya bertugas disana telah menerima suntikan pertama pada 24 Disember lepas.

Harap-harap semuanya baik sahaja. Bila pulak agaknya turn kita nak dapat vaksin ye? 

Baca: “Menggigil tangan doktor cucuk presiden” – Presiden Jokowi Cucuk Vaksin Live Di TV, Netizen Takut Tengok Doktor Menggeletar

Cucuk

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.