BAHAYA! JANGAN Muat Naik Gambar Pas Masuk Penerbangan Anda. Ini Sebabnya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Memuat naik gambar pasport dan pas masuk sebelum menaiki pesawat seperti sudah menjadi kebiasaan ramai orang di masa kini.

Dengan teknologi, kini semuanya di hujung jari kan!

Namun, ini peringatan buat anda supaya TIDAK MEMUAT NAIK gambar pas masuk anda!



Gambar hiasan

Kita sedia tahu, ramai gemar berkongsi gambar pas masuk yang mempunyai maklumat seperti nama, tarikh, masa, nombor penerbangan, tempat duduk dan sebagainya. Dan yang paling penting, sudah tentunya, destinasi yang dituju!

Bagaimanapun, menurut Elite Readers, pas masuk itu mengandungi lebih banyak maklumat lain daripada apa yang dicetak.

Pakar Forensik, Winston Krone menerangkan kepada media bahawa kod bar itu sebenarnya sudah menyimpan banyak maklumat penting seperti alamat rumah, e-mel serta nombor telefon.

Jika anda mendedahkan kod bar di media sosial, anda sebenarnya mendedahkan kesemua maklumat peribadi anda kepada penggodam untuk mencuri.

Tidak perlu menggunakan mesin khas atau memuat turun aplikasi QR kod imbasan untuk mencari semua maklumat yang ingin mereka ketahui. Dengan hanya menggunakan mesin pengimbas biasa, mereka dengan mudah boleh tahu bermacam-macam maklumat tentang anda.



Jadi, maklumat peribadi anda mungkin akan digunakan untuk kepentingan mereka.

Anda bukan sahaja dilarang memuat naik gambar tiket di media sosial, malah anda juga tidak seharusnya membuangnya begitu sahaja.

Kod bar itu masih boleh dikesan walaupun SELEPAS penerbangan. Andainya anda terus membuang pas tersebut di dalam tong sampah selepas penerbangan dan sesiapa terjumpa (terutamanya penggodam), maklumat anda masih boleh mereka perolehi.

Nasihat terbaik boleh diberikan adalah anda simpan pas masuk itu, bawa pulang dan koyakkan (terutamanya bahagian kod bar) atau bakar.

Tonton bagaimana penggodam mendapatkan maklumat anda dengan mudah di bawah ini:



Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!