in

“Babah cakap nak curi telefon dengan dompet purple tu bagi adik. Cepatlah ambil…”

Kfc Telefon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah Melayu, “Bapak borek anak rintik.” Setiap perkara yang dilakukan seorang ibu dan bapa itu pastinya akan menjadi ikutan atau contoh buat anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak itu bagaikan kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi baik atau sebaliknya.


Namun ibu bapa mana yang mahu anaknya menjadi jahat? Melainkan apa yang diceritakan wanita ini apabila suatu kejadian mengejutkan berlaku di hadapan matanya. Berikut apa yang dikongsikan Husna Meow di bawah:

“Sedang saya menikmati Chizza yang menyelerakan, tiba-tiba sos cili tidak cukup. Nasib baik tempat ambil sos itu hanya di sebelah saya. Bangun kejap ambil sos dan tanpa fikir apa-apa saya tinggalkan telefon, kunci dan dompet di atas meja KFC. 

“Semua barang itu memang ada di situ dan saya tidak tinggalkan ia jauh daripada pandangan mata saya.”

24059265 10210130158630615 7366427699688753758 N
sumber: facebook

Namun baru saja dia bangun ke tempat sos cili, datang seorang lelaki ke mejanya dan mengambil telefon serta dompetnya tadi. Husna dengan pantas memanggil lelaki tersebut untuk menghentikan perlakuannya.

“Hey, itu saya punya!” 

Lelaki itu yang agak terkejut lekas-lekas membalas, “Oh ingatkan ada orang tinggalkan tadi. Saya nak pulangkan dekat kaunter KFC.” Eh? Boleh percaya ke ni?

Husna cuba untuk bersangka baik walaupun dia sudah merasa curiga kerana barang-barang tersebut baru saja ditinggalkannya tidak sampai satu minit!

Bila lelaki itu kembali ke mejanya yang mana bersebelahan meja saya, anak perempuannya yang masih kecil berkata, ‘Babah cakap nak curi telefon dengan dompet purple tu bagi adik. Cepatlah ambik.”

Biar betul?? Alahai anak tahu pulak bapanya nak mencuri! 

“Lepas tu kena tepis dengan mak dia. Kids are so damn honest. Memang masa itu pelik sangat sebab mereka tahu yang saya dengar tapi dia orang masih buat-buat normal makan je kat sebelah,” tambahnya.

Namun apabila anak perempuan itu mula mendesak dengan berkata, “Cakap nak ambil bagi adik tadi. Nak telefon purple. Kedua-dua ibu bapa tadi cepat-cepat membungkus barang dan keluar dari KFC tersebut. Memalukan betul…

24130001 10210135973535984 2760011678714426547 N
sumber: facebook

Husna akui kemungkinan besar meninggalkan barangnya dengan begitu saja di atas meja adalah kesalahannya namun apakah itu perkara yang terbaik bagi ibu dan bapa ini dalam mendidik anak mereka yang masih kecil?

“It is alright to take another person’s belonging? Not cool sir. Ate my Chizza in silence, tasted bitter from the experience but at least I learned something today,” katanya lagi.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai komen netizen yang rata-rata mengecam tindakan bapa tersebut. Namun ada juga yang menganggap tindakan Husna seakan-akan memalukan keluarga itu yang kemungkinan ada masalah yang kita tidak tahu.

Komentar
sumber: facebook

Husna kemudian dalam posting yang lain menjelaskan bahawa tujuannya memuat naik gambar tersebut adalah sebagai peringatan buat orang ramai. Dia tidak berniat untuk memalukan malah merendahkan sesiapa dan berharap tiada pihak menghukum lelaki tersebut secara berlebihan.

Posting ini pada asalnya adalah sebagai peringatan kepada rakan-rakan yang cuai seperti saya, dan saya tiada niat untuk memalukan sesiapa. Hanya Tuhan tahu, ini bukanlah kali pertama saya cuai dan terjebak dalam masalah atas kecuaian saya,” katanya.

Sama-samalah kita ambil pengajaran daripada apa yang dikongsikan. Kasihan anak belajar perkara yang bukan-bukan daripada bapanya. Jadilah contoh yang terbaik buat anak-anak supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. 

Baca: Netizen Bengang Ibu Bapa Curi Sangkar Haiwan Peliharaan Depan Anak Di Pusat Beli Belah

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.