in

“Ayah selalu cekik mama bila gaduh” – Murid Jadi Pembuli Selepas Lihat Perangai Bapanya

Buli Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, anak ini bagaikan kain putih yang suci warnanya. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Sama ada ingin menjadikan anak-anak ini seorang yang berperibadi baik ataupun sebaliknya. Hal ini kerana, perbuatan dan sikap ibu bapalah menjadi perkara pertama yang dipelajari anak-anak ketika masih muda.


Menerusi entri Norasikin Hussein di Facebook, dia berkongsi kisah anaknya yang telah dibuli oleh seorang murid perempuan secara fizikal di sekolah. Namun disebalik kisah buli anaknya itu, wanita tersebut terkejut apabila mengetahui sebab mengapa murid terbabit melakukan hal berkenaan kepada anaknya. 

Berikut apa yang dikongsikannya:

“Minggu lepas saya jumpa pembuli anak di kantin sekolah walaupun cikgu dah ambil tindakan dengan mengasingkan mereka di dalam kelas. Saya ambil keputusan begini sebab masih berlarutan dia membuli anak saya.

“Sepanjang dua minggu akhir bulan lepas anak saya saban hari telah dicekik, dikoyakkan kertas, dilempar bukunya ditendang semasa menuruni tangga sekolah semasa waktu balik, diconteng seragam sekolahnya dan beberapa lagi saya tak nak senaraikan. Cukuplah ini sahaja. Melibatkan budak yang sama.”

Buli
gambar hiasan

Susulan daripada apa yang menimpa anaknya, Norasikin membuat keputusan untuk bertemu dengan si pembuli pada waktu rehat tanpa melibatkan ibu bapa dan guru. Dia cuma mahu mengenali murid yang membuli anaknya itu.

“Assalamualaikum. Boleh acik dok sebelah?”

“Waalaikumussalam acik!”

Daripada pandangan mata Norasikin, murid tersebut seorang yang bersih dan kemas. Pandai melipat tudung dan raut wajahnya pula tidak seperti murid yang lain. Dia kelihatan matang sebelum usianya.

Wanita tersebut memulakan perbualan dengan menyoal nama dan membelanjakannya dua biji donut di kantin. Tanpa berlengah lagi, Norasikin memulakan pertanyaannya.

27751849 10213796388218183 718019191888804228 N
sumber: facebook

“Acik nak tanya betul ke kamu ada cekik anak acik setiap kali sekolah?”

Murid tersebut tersentak sebaik menerima soalan itu. Norasikin sekali lagi mengulang soalan. Kali ini dia memberi jaminan bahawa dia tidak akan marah namun hanya ingin mengetahui hal sebenar.

“Ya. Saya buat.”

“Kenapa kamu cekik anak acik?”

“Saya nak dia kawan saya. Saya cekik sebab dia tak nak kawan dengan saya…” 

Norasikin cuba perbetulkan keadaan. Jelasnya,

“Salah tu… Kalau nak berkawan dengan baik-baik dengan orang. Kena senyum, kena tegur orang. Hai boleh saya kita kawan? Kalau awak cekik orang, siapa pun tak nak kawan dengan kamu. Bukan anak acik saja tak nak kawan dengan kamu, nanti semua tak nak kawan dengan kamu…”

Murid
gambar hiasan

Setelah selesai menyiasat dan bersoal jawab dengan murid tersebut, Norasikin meminta budak perempuan itu untuk berjanji dengannya supaya tidak mengulangi lagi perbutan itu kerana bimbang ia boleh mendatangkan kecederaan kepada anaknya di kemudian hari. Dia juga sempat mengugut untuk melaporkan kepada polis jikalau anak itu mengulangi perkara tersebut.

Pun begitu, secara tidak sengaja murid tersebut terlepas kata akan suatu perkara yang membuatkan ibu mangsa terkejut.

Ayah selalu cekik mama bila gaduh.”

Saya pula yg terkejut.

“Ayah cekik mama? Kamu selalu tengok ke?”

Tenang dia jawab. “Aah. Bukan selalu juga. Tapi bila gaduh ayah suka cekik mama sampai mama nangis cakap sakit.”

Sekarang saya dah tahu mana dia belajar semua tu.

Gaduh
gambar hiasan

Sebaik mendengar pengakuan pembuli anaknya, Norasikin memeluk budak perempuan tersebut dan memanggil anaknya bersalaman dengan murid itu.

“Saya masih terfikir hingga sekarang betulkah tindakan saya. Saya masih menanti dan risau moga-moga selepas ni tak jadi lagi.

“Moga-moga acik dan kamu tak teruskan perjumpaan di bilik kaunseling selepas ini. Acik cuba percaya kamu. Moga baik-baik saja untuk kamu wahai anak,” kata Norasikin di akhir entri.

Sebagai ibu bapa tunjukkanlah sikap yang baik-baik pada anak. Kasihan anak yang tak tahu apa-apa ikut perangai ibu bapa yang tak elok 🙁

Nota: Gambar bahagian kanan di atas sekadar ilustrasi

Baca: “Kenapa mak bapak sekarang bodoh?” – Netizen Kecewa Sikap Ibu Bapa Lindung Anak Nakal Kes Cikgu Azizan

Azizan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.