in

“Atuk, Nenek dan Dua Adik Saya Dibunuh dan Mati Dalam Kebakaran…..”

Sole Survivor My Grandpa Grandma And Two Brothers Were All Killed By The Burglars World Of Buzz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal pagi tadi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam berlaku sekitar jam 6 pagi di Tanjung Sepat, Selangor. Dua warga emas dan dua orang cucu mereka telah ditetak dan ditikam dengan kejam sebelum rumah mereka kemudiannya dibakar oleh sekumpulan perompak yang tidak berhati perut, lapor MMO.


Wob1
sumber: wob
Wob2
sumber: wob

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, pihak forensik telah memeriksa mayat mangsa dan menemui kesan tikaman pada tubuh badan.

“Kami percaya suami, isteri dan dua cucu mereka telah ditetak menggunakan objek tajam dan dibunuh oleh beberapa orang suspek sebelum mereka membakar tubuh mangsa.”

“Kami juga sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan mereka telah dirompak dan kemungkinan besar ia berpunca daripada dendam.”

— Ketua Bahagian Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat

Selain itu, penyiasat juga telah menjumpai bahan yang mungkin digunakan untuk mempercepatkan kebakaran di sekitar tangki minyak kenderaan keluarga tersebut. Ia sekaligus dipercayai kenderaan tersebut telah digunakan untuk memulakan kebakaran terhadap rumah kayu tersebut.

Wob3
sumber: wob

Mayat yang ditemui telah dikenal pasti sebagai Lim Mai Shak (68), Chia Tee Nang (73) dan Chua Yan Bin (3). Manakala mangsa yang terakhir masih belum dikenal pasti pihak polis.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun iaitu satu-satunya mangsa terselamat dalam pembunuhan ini telah dilihat muncul di kamera media dan menceritakan apa yang telah berlaku di hadapan matanya. 

Wob4
sumber: wob

“Atuk, nenek dan dua adik saya mati dibunuh perompak yang kemudian membakar rumah itu,” kata budak tersebut terketar-ketar.

“Pencuri itu bunuh mereka dengan menggunakan pisau dan batang kayu,” tambahnya lagi.

Ketika kejadian tersebut berlaku, kanak-kanak itu dikatakan telah bersembunyi di bilik air dan berjaya menyelamatkan dirinya daripada terbunuh bersama ahli keluarga yang lain. Walau bagaimanapun, terdapat kesan luka di bahagian lehernya dipercayai ditoreh menggunakan pisau.

Kanak-kanak yang masih dalam keadaan trauma tersebut juga memberitahu ayah dan bapa saudaranya sangat ‘bernasib baik’ kerana mereka sedang bekerja pada waktu tersebut dan tiada di rumah. 

Sementara itu, mayat-mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan punca sebenar kematian hanya dapat diketahui selepas sesi post-mortem nanti.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kami berharap agar mereka yang terlibat dapat ditahan secepat mungkin dan mendapat hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Baca: Ibu Redah Api Marak Dalam Kebakaran Demi Selamatkan Anak-anak, Melecur Badan 70%

Bakareeejhdkjhado

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.