Apa Nak Jadi? ‘Lubuk Pondan’ Masih Terus Berleluasa di Terengganu Sejak 20 Tahun Lalu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Lembut, patah, sotong dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan kepada golongan pondan ini seakan-akan tidak mematahkan semangat mereka untuk terus wujud dalam kalangan masyarakat masa kini.

Katalah apa saja, kutuklah bagai nak rak… sedikit demi sedikit golongan ini jelas-jelas semakin diterima masyarakat dengan kewujudan beberapa usahawan kosmetik terkenal seperti Safiey Ilias, Sajat dan Rizulala.

Menurut Malaysian Insight, pondan-pondan ini seperti tiada segan silu mendedahkan sebahagian besar tubuh ‘wanita’ yang dimiliki mereka dan melakukan aktiviti pelacuran di sebuah flat dekat sebuah bandar di Terengganu.



Gambar hiasan

Bukan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) tidak mengambil sebarang tindakan. Namun, aktiviti yang telah berleluasa sejak 20 tahun lalu ini hanya surut sebentar sebelum memuncak semula seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Menerusi tinjauan wartawan Bernama, ‘lubuk pondan’ ini mula beroperasi dari jam 10 malam hingga 2 pagi dengan lebih kurang 20 orang pondan dilihat menawarkan perkhidmatan mereka bersama seorang penjaga yang mengawasi kawasan daripada kehadiran pihak berkuasa.

Situasi flat ini jauh berbeza pada waktu paginya yang kelihatan biasa-biasa. Namun, ketika malam menjelma, golongan transgender ini sudah penuh berkumpul di beranda rumah bersama lampu laser yang berwarna-warni dan bunyi ‘istimewa’ demi tarik perhatian pelanggan. Aduhai! 

Sumber: The Malaysian Insight

Disebabkan kawasan tersebut sungguh terkenal dengan ‘lubuk pondan’, kebanyakan penghuni flat yang berkeluarga telah memilih untuk berpindah ke tempat lain kerana bosan dan tidak tahan dengan kerenah pondan yang sangat mengganggu.

“Kegiatan tidak bermoral mereka memberi kesan negatif terhadap persekitaran setempat dan menunjukkan budaya tidak sihat kepada kanak-kanak dan remaja yang membesar di kawasan tersebut,” kata seorang penduduk.



Pondan-pondan ini dikatakan menawarkan perkhidmatan dengan harga serendah RM30 hingga RM70 mengikut perkhidmatan yang diminta pelanggan. Apa yang lebih mengejutkan, terdapat lebih 10 kenderaan dilihat masuk ke lubuk tersebut dan melakukan penawaran serta bertukar nombor telefon.

Bagi yang berminat, kenderaan mereka akan membuat pusingan kedua dan merapati beranda beranda terdekat untuk membawa pondan tersebut ke tempat lain ataupun lebih mudah, lakukan saja aktiviti terkutuk itu di flat berkenaan. Apalah nak jadi??

Gambar hiasan

Pun begitu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-tugas  Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan negeri Terengganu tidak pernah abai masalah tersebut dan sedia untuk ambil tindakan tegas.

Masyarakat juga diminta untuk membuat aduan di laman e-maksiat, selain meminta pemilik rumah untuk tidak sewakan rumah mereka kepada golongan pondan jika ia bakal dijadikan sebagai lubuk maksiat. 

Semoga mereka semua kembali ke pangkal jalan…..



Baca: “Bukan macam Sajat, tak mengaku pondan!” – Netizen Lebih Suka Rizulala Dari Sajat Kerana Jujur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!