in

“Apa guna bertudung kalau tak solat?” – Adik Neelofa Bidas Netizen Pertikai Muat Naik Gambar Sejadah

Lobak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memenangi Anugerah Instafamous dalam kategori Paling Chantek baru-baru ini, adik Neelofa diakui memang memiliki paras rupa yang menawan. Mempunyai seramai 813,000 pengikut di laman Instagram, apa sahaja yang dilakukan oleh gadis bernama Nur Ameera Khan ini menjadi tumpuan ramai.


Terkini, Ameera dikatakan telah menunjukkan sejadah pemberian kakaknya, Neelofa di instastory bersempena dengan pelancaran sejadah baru keluaran jenama Naelofar itu. Perkongsian Ameera itu tidak semena-mena mengundang kecaman dan reaksi sinis netizen yang mempertikai tindakannya.

Khan5
sumber: instagram

Dalam banyak-banyak komen yang diterima, Ameera tertarik kepada salah satu komen negatif yang diberikan netizen lalu memuat naik tentang komen tersebut di laman Twitter miliknya. Entri Ameera memberitahu bahawa dia menerima satu komen melampau mempertikai ibadahnya gara-gara memuat naik story sejadah.

“Tak pakai tudung pun nak sembahyang,” tulis individu berkenaan.

Gadis yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan ini kemudiannya membalas komen tersebut menerusi akaun Twitter menjelaskan bahawa tohmahan individu tersebut adalah tidak berasas. Bagi Ameera, hubungannya dengan Allah bukan untuk dipertontonkan kepada sesiapa yang suka menilai.

Khan1
sumber: twitter

Ameera merasakan bahawa adalah lebih baik dia mula bersembahyang sebelum dia menutup aurat. Gadis ini juga berpendapat bahawa tiada gunanya seseorang itu memakai tudung jika tidak sembahyang. Kenyataan Ameera itu sekaligus membidas tohmahan netizen.

“Apa guna bertudung kalau tak solat?” kata Ameera dalam entri yang dimuat naik di laman Twitter.

Pun begitu, Ameera menjelaskan bahawa dia tidak ada sebarang perancangan untuk kembali berhijab dalam masa terdekat, jadi netizen tidak perlulah menaruh apa-apa harapan ke atasnya.

Ima
sumber: eh

“Tapi saya tidak merancang untuk bertudung dalam tempoh terdekat. Jadi, jangan mengharapkan apa-apa daripada saya.”

Ada netizen yang berpendapat lebih baik tak payah sembahyang kalau tidak bertudung. Namun, siapalah kita untuk menilai ibadah orang lain, kan? Apa pendapat korang?

Baca: “Seksinya Hajah!” – Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah

Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.