Annabelle: Creation Terima 100% Rating dan Diundi Filem Paling Seram 2017

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Filem hantu yang membabitkan anak patung tidak dinafikan memang seram. Siapa tidak tahu dengan anak patung berhantu terkenal, Anabelle. Tegak bulu roma!

Menurut World of Buzz, filem sekuel Anabelle yang mula ditayangkan hari ini, Anabelle: Creation sedang hangat diperkatakan tentang keseramannya. Malah, ramai mengatakan bahawa filem itu merupakan filem paling seram bagi tahun 2017! 

 movie horror annabelle GIF

Meskipun patung sebenar Anabelle sama sekali berbeza dengan yang digunakan dalam filem adaptasi kisah benar itu, orang ramai lebih mengingati rupa Anabelle di dalam filem berbanding yang sebenar.



Sumber: imgur

Siri filem Annabelle yang pertama tidak begitu memberansangkan kerana mendapat 119 kritikan di laman review filem popular, Rotten Tomatoes dengan rating 29%. Walau bagaimanapun, filem terbaru ini telah menarik hati juri dengan rating sebanyak 100%. Bukan itu sahaja, filem ini telah diterbitkan oleh anak jati Malaysia, James Wan!

Filem arahan David F. Sandberg ini menampilkan Lulu Wilson sebagai Lisa, kanak-kanak yang mati dan merasuk patung tersebut, bersama Talitha Bateman membawa watak kanak-kanak yang disukai roh jahat tersebut.

Sumber: Dirty Horror

Annabelle: Creation mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada hari ini, 10 Ogos 2017. Ramai netizen tidak lepaskan peluang menjadi yang pertama menonton filem seram itu, tengah malam tadi.

Selepas menonton filem yang mendapat rating 100% di Rottern Tomatoes itu, ramai yang berkongsi pendapat mereka dan rata-rata bersetuju bahawa filem itu sememangnya seram.

Sumber: Rotten Tomatoes

“Annabelle: Creation lebih seram daripada filem yang pertama.”



“Annabelle memang padu, seram gila.”

“Dari awal sampai habis movie, aku tak sempat nak bernafas. Seram betul!”

“Annabelle seram tahap tak tahu nak cakap macam mana. James Wan, memang pengarah terbaik! Good job.”

Macam best je ni, ramai cakap seram. Mesti tengok! Tunggu apa lagi, tonton lah hujung minggu ni.

Tonton trailer di bawah ini:



Sumber: Warner Bros. Pictures

Baca: 3 Cerita Sekolah Berhantu Yang Mungkin Belum Pernah Anda Dengar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!