in

Anjing Labrador Ini Masih Tinggalkan Separuh Makanannya Untuk Kawan Baik Yang Telah Mati

Dog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah ini ternyata membuktikan anjing bukan hanya setia pada tuan mereka tetapi juga sangat setia dengan peneman atau rakan baik mereka.


Baru-baru ini seorang lelaki bernama Easton Dufur kongsi kisah menyentuh hati tentang dua ekor anjing Labrador miliknya yang diberi nama Stitch dan Cookie. Easton berkongsi kisah itu di akaun Twitter dan orang ramai nyata tersentuh dengan ceritanya itu.

Inilah Stitch..

Dog1
sumber: twitter
Dog2
sumber: twitter

…daaannn Cookie!

Dog3 1
sumber: twitter
Dog4 1
sumber: twitter

Melalui tweet itu, Easton berkata,

“Saya hanya sediakan satu mangkuk untuk kedua-dua anjing saya.”

“Anjing sayang bernama Stitch melatih Cookie untuk hanya makan separuh daripada makanan di dalam mangkuk (berkongsi).

“Sejak Cookie masih kecil, dia sudah tahu untuk tinggalkan separuh makanan untuk Stitch.”

Malangnya, Stitch mati baru-baru ini meninggalkan Cookie tidak berteman.

“Ini kali pertama Cookie makan bersendirian. Semenjak Stitch pergi, saya kurangkan makanan yang diletakkan di dalam mangkuk Cookie makan.”

“Sebelum saya masuk bilik, saya periksa jika Cookie sudah habiskan makanannya. Saya dapati dia masih meninggalkan separuh daripada makanan itu untuk Stitch.”

Dog5
sumber: twitter

Menurutnya lagi, kedua-dua anjing itu telah menjadi peneman setia antara satu sama lain selama lebih 10 tahun. Mereka sangat rapat sehinggakan mainan dan mangkuk makanan dikongsi tanpa bergaduh. Malangnya, Stitch yang berusia 13 tahun mati baru-baru ini kerana usia yang uzur.

“Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain. Cookie selalu kacaunya (Stitch) untuk ajak bermain dengannya dan mereka menjaga antara satu sama lain.

Selepas pemergian Stitch, Cookie menjadi murung kerana kehilangan rakan baiknya selama 10 tahun. Dia hanya pulih dari kesedihan selepas seminggu.

Kalau dah rapat dan tinggal bersama selama satu dekad, mesti susah Cookie nak hidup tanpa Stitch 🙁

Baca: Anjing Tunggu Tuan Pulang di Lorong Rumah Setiap Hari Sejak 3 Tahun Lalu

Anjing 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.